Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Rabu, 13 Oktober 2010


Melihat perkembangan semasa dan tindak balas yang saya terima dari pendengar, mereka semuanya sangat berminat dengan Cahayafm disebabkan ia menepati citarasa mereka sebagai sebuah radio online islamik. Namun, sehingga hari ini, kita masih gagal mempamerkan jadual bersiaran berserta segmen yang kita persembahkan kepada pendengar selain masih tidak dapat mengatasi masalah2 teknikal seperti masalah mic, seting radio dan pelbagai masalah lain yang sekali gus menjadi penghalang untuk kita menyusunkemas siaran Cahayafm. Setakat hari ini juga, kita maklum hanya beberapa penyampai yang aktif ke udara seperti Nurhayati Musa, Miftah, Farah, Khairy dan Haqem. Saya sendiri pun tidak sekerap mereka walhal sepatutnya sayalah yang wajar mengambil masa lebih panjang berbanding penyampai lain. Namun, saya harap keadaan saya dimaklumi kerana kekangan kesihatan ( resdung ) yang sejak sekian lama saya hadapi menyebabkan saya agak kerap kali tidak mengambil masa yang panjang untuk ke udara. Justeru, saya benar2 merayu agar antara kita akan terus aktif ke udara hatta siang sekalipun kerana mengikut pemantauan saya, di waktu siang juga pendengar tidak putus2 ‘online’ kerana mendengar siaran kita. Marilah kita atasi masalah ini bersama.

Nota:
Bagi penyampai yang masih berada di alam pengajian, kalian setidak-tidaknya harus ke udara satu kali seminggu di waktu siang ( Sabtu atau Ahad ). Kalian tidak digalakkan mengambil jadual bersiaran waktu malam kerana dikhuatiri akan menggangu masa belajar dan tidur anda.


Akhir sekali, sekiranya terdapat penyampai yang tidak dapat ke udara dalam tempoh yang agak lama, pihak Cahayafm akan memikirkan sesuatu yang terbaik untuk mereka demi menjaga imej Cahayafm.


Sekian.

Selasa, 5 Oktober 2010


'Mari kita sama2 ambil perhatian terhadap perkara2 dalaman Cahayafm'

1. Cadangan sesama penyampai tidak harus dipamerkan kepada umum demi menjaga kredibiliti penyampai itu sendiri sekali gus tidak mempamerkan kelemahan2 yang ada.

2. Semua cadangan dan teguran sesama penyampai sebaiknya dihantar ke ruangan mesej peribadi untuk mengelakkan salahfaham umum di samping menjaga maruah para penyampai.

3. sebelum onair , terlebih dahulu sila lihat blog dj untuk mengetahui info2 terkini.

4. Jika penyampai mendapat mesej dari mana2 badan NGO atau perseorangan untuk di jadikan hebahan pendengar,sila letak salinan di skype untk memudahkan penyampai lain membaca info2 berkaitan.

5.Jika antara kita terkesan mesej2 yang kurang elok di ruangan chat laporkan dengan segera pada admin untuk diambil tindakan segera.

Sila buat sinopsis ringkas di ruangan kominiti (kumpulan) berkaitan segmen yang dikeudarakan agar mudah para pendengar memahami segmen yang di bawa.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Set SAM baru
http://206.41.127.4:8002/admin.cgi
Username: cahayafmonline
Pwd: cahayafmonline
Port: 8002