Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Sabtu, 13 November 2010



MAKLUMAN: Untuk mengelakkan pertembungan 'onair' sesama penyampai, pihak penerbit telah berulangkali membuat makluman agar setiap penyampai yang hendak 'onair' membuat 'post' beriring kata2 hikmah, hadis atau tafsir al-Quran beberapa minit sebelum 'onair' sebagai makluman kepada para penyampai lain dan para pendengar. Namun, AMAT MENDUKACITAKAN kerana makluman ini kurang diberi perhatian malah sering diabaikan. Sebagai makluman juga, server baru CFM hanya akan diberi kepada penyampai2 yang benar2 komited dan yang ke udara PALING KURANG SEKALI DALAM SEMINGGU. Bagaimanapun, adalah lebih baik dan sangat dialu-alukan jika para penyampai berkesempatan meluangkan waktu bersama CFM setiap hari, tidak kiralah malam atau siang. Sistem SAM CFM kini tidak lagi melalui proses 'kick'. Para penyampai hanya perlu masuk ke bahagian B dan 'encoders kemudian klik anak panah untuk mengaktifkan siaran 'onair' anda.