Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Jumaat, 29 April 2011

Nazrey Cahayafm

Nazrey Raihan Entertainment
No:33, Jalan DE 3,
Taman Duyong Emas,
75460 Duyong, Melaka Bandaraya Sejarah.


Tarikh: 28hb April 2011

Kepada:
Cahaya.FM (Portal Radio Komuniti Islam Online)
J-2-4, Lot J4-2,
2/F, Blok J,Lorong Sieera,
2/3A, Bandar Sieera, Apartment PH 3A1
88450, Kota Kinabalu, Sabah.

Tuan,
Per: PERLANTIKAN SEBAGAI WAKIL BAGI PROGRAM KONSERT DAN PROMOSI ALBUM “PERMATA HATI” BAGI NEGERI SABAH & SARAWAK.

Perkara diatas dengan segala hormatnya dirujuk;

1. Adalah dengan ini dengan rasa sukacitanya saya bagi pihak Nazrey Raihan Entertainment telah bersetuju untuk melantik pihak Cahaya.Fm (Portal Radio Komuniti Islam Online) sebagai pihak yang akan menguruskan hal ehwal program Konsert dan Promosi Album “Permata Hati” artis kami iaitu Saudara Nazrey Johani (Ex-Raihan) bagi negeri Sabah dan Sarawak.

2. Perlantikan ini adalah berkuatkuasa pada 28hb. April 2011.

3. Semoga dengan kerjasama ini diharapkan program dakwah di kedua-dua tempat akan lebih semarak dengan aktiviti-aktiviti Islam, Insya Allah

Sekian, Terima kasih

Yang Benar

…………………………………………
MOHD AZMAN ABDILLAH
Pengurus Syarikat Nazrey Raihan Entertainment.

Untuk Diri


Assalamualaikum.


Kepada semua deejay yang dikasihi, sama2 kita ingat-mengingatkan agar sentiasa ditetapkan niat dan hati dalam menelusuri perjuangan Islam. Sungguh taraf kita jauh dari taraf para rasul dan para solihin namun kita mohon dan selalu berharap agar perjalanan dakwah kita sentiasa konsisten sebagaimana perjalanan dakwah yang ditempuhi para rasul, sahabat2, dan kelompok2 daie juga individu2 yang istiqomah dalam perjuangan mereka. Tidak dinafikan bahawa kita telah dan sedang menyumbang ke arah ini, apalagi ada antara kita menjawat jawatan ustaz, ustazah, imam, bilal serta pegawai kerajaan yang rutin hidup sehariannya hampir dengan masyarakat Islam setempat. Masing2 dengan etika jawatan tersendiri yang digarispandukan oleh majikan semata-mata melihat kebaikan kepada masyarakat.


Kembali kepada Cahayafm yang bangunnya serba kekurangan dalam semua perkara namun punya etika melebihi segala etika yang ada justeru kelahirannya atas niat dan nama Islam. Saya tidak bosan mengulangi bahawa Keterlibatan saya dalam radio online bermula di Utarafm dengan segmen DUNIA NASYID ANDA. Di peringkat awal keterlibatan saya dengan dunia ini, saya benar2 diuji ‘onair’ di depan beberapa orang rakan di sebuah restoran di Kota Marudu. Banyak yang saya dapat hasil orientasi ini namun, lanjutannya boleh ditanyakan kepada Rumputt sebagai otai Utarafm juga sebagai pengasas Cahayafm . Rumputt yang juga guru saya cukup tahu tentang lemparan kutukan, boikot dan pemecatan dari kelompok2 yang geram dan sebagainya kepada saya. Namun, semua ini tidak sedikitpun mematahkan semangat juang saya untuk membawa Islam ke dunia maya.


Barangkali kelantangan saya dalam blog Suara Mualaf Sabah telah meyakinkan beliau bahawa Cahayafm yang dilahirkan isterinya dan dibidani sendiri oleh Rumputt dapat saya dewasakan dengan tangan saya. Sungguh, urusan kelahiran Cahayafm punya sejarah tersembunyi nan tersemat di hati mereka suami isteri yang hingga kini hanya Allah dan mereka saja yang tahu. Pada dasarnya Rumputt beralasan Segmen Dunia Nasyid punya peminat dan antaranya isteri beliau sendiri. Bahkan kata Rumputt, jika segmen ini tidak ke udara isteri beliau akan tercari-cari ke mana menghilangnya saya ketika jadual waktu siaran saya di Utarafm. Saya dikeliilingi pelbagai kisah dan peristiwa sebenarnya sewaktu mengemudi Segmen Dunia Nasyid Anda di Utarafm . InsyaAllah, suatu ketika kalau berkesempatan, bakal saya ceritakan pula cebisan2 kisah itu. Namun, andai waktunya datang dan menggamit kita untuk meninggalkan wadah perjuangan Cahayafm ini, barangkali ada baiknya jika berjumpa dulu dengan mereka ( Rumputt dan isterinya ), agar kisah ini benar2 dapat kita jiwai dan agar kita tahu betapa perjuangan memerlukan hati2 yang cekal dan kental. Kelahiran Cahayafm berikutan kisah2 sedih, pahit dan luka saya di Utarafm. Tekanan yang saya terima dari mereka yang bukanlah orang jauh bahkan terdiri dari rakan2 saya malah sebahagiannya adalah keluarga terdekat saya yang bukan beragama Islam mematangkan saya dalam beberapa perkara. Kerana itu, saya tidak pernah menganggap mereka sebagai musuh malah mereka tetap saya anggap antara pembina semangat saya.


Saya sangat berterima kasih pada keluarga Rumputt yang sangat memahami jiwa saya dalam dunia dakwah. Kini Cahayafm secara umumnya bukan sahaja berdiri setanding dengan radio online lain yang lahir di Sabah, malah ia juga sebaris dengan radio online di semenanjung. Tulislah ‘cahayafm.net’ dalam enjin pencari pasti kita temui pelbagai tulisan dan link maya yang dibuat oleh rakan2 seIslam kita dan kita sebagai deejay sudah pasti terharu dan bersyukur dengan keadaan ini. Walau bagaimanapun, dalam beberapa sisi lain, kita patut malu dengan pujian serta sokongan berupa gula2 kerana ia bukanlah ganjaran setimpal untuk mutu sebenar siaran kita, segmen kita, jadual ke udara kita dan pos2 utama kita di Cahayafm. Secara peribadi , saya terpaksa nyatakan yang ia bukan sahaja kurang tetapi kita masi h berada di zon santai atau barangkali boleh diumpamakan sebagai hanya melepaskan batuk di tangga. Justeru kealpaan kita yang tidak melihat Cahayafm sebagai pentas dakwah dan tempat untuk menyatakan kebenaran Islam di dunia tanpa sempadan ini.


Mari kita sama2 lihat apa yang telah kita buat bersama. Bermula segmen, cara penyampaian, olahan bahasa hatta seluruh kemampuan kita dalam menarik pendengar bersama-sama Cahayafm. Kemudian, kita ukurlah sendiri di mana kekuatan kita dalam merealisasikan matlamat Cahayafm. Ada antara kita yang barangkali tidak bersetuju dan menolak perkiraan yang saya utarakan ini kerana faktor2 ilmu atau sebagainya. Namun, selepas ini saya merayu kepada semua agar dapat mengutarakan idea terbaik untuk kita cambahkan menjadi satu landasan agar dapat kita gunapakai dalam dakwah maya menerusi lidah Cahayafm. Setakat ini hanya ada beberapa orang yang mampu menarik pendengar dalam satu2 waktu bersiaran berdasarkan jumlah pendengar dalam shoutcase. Sungguhpun, ini bukanlah ukuran sebenarnya kerana jumlah ini tidak menentu. Apa yang kita mahu sebenarnya adalah onair secara konsisten. Kita akui sebelum ini DIN dan AZIZI antara yang berkemampuan dalam beberapa perkara selain konsisten dala penyampaian. Namun, mereka tumbang dalam dunia lonjakan keinginan dan kemahuan serta perasaan. Akhirnya Cahayafm kehilangan mereka. Kedua-dua mereka kini membina wadah perjuangan tersendiri di luar dari lingkungan Cahayafm.


Mahu atau tidak, kita terpaksa menyatakan perkara berikut dalam dunia maya; Kedua-dua mereka kini adalah saingan Cahayafm dalam menarik pendengar. Mereka juga adalah pesaing radio2 online yang lain. Bagi saya, tidak mustahil mereka juga meletakkan perkara ini sebagai kekuatan perbandingan semasa. Walaupun dengan niat kerana Allah, kita sedar kedua-dua mereka bermula di Cahayafm yang telah kita bekalkan di awal penglibatan mereka dengan set SAM serta cara2 pengendaliannya. Hakikatnya, ilmu dan pengalaman mereka bermula di Cahayafm. Perkara ini jelas bagi kita dan mereka. Jika diperhalusi dari sudut menuntut ilmu sekalipun, kita lihat berlaku pelanggaran adab dan etika. Saya tidak suka menggunakan perkataan ‘belot’ kerana apapun tindakan mereka, saya masih menganggap mereka sebagai saudara seislam dan perkataan ‘belot’ kurang manis dikaitkan dengan hubungan persaudaraan. Saya hanya terkilan dengan tindakan mereka bermufaraqah dengan Cahayafm tanpa permisi atau sekurang2nya menyatakan hajat dan tujuan mereka bermufaraqah dari jamaah. Apa yang jelas, mereka melanggar perkara2 yang sepatutnya dijaga. Maka, kita mengambil sikap sebagaimana yang kita lakukan sebelum ini. Sebagai manusia biasa, sudah tentu bekas luka dan jahitan yang dihiris tidak hilang begitu saja. Setidak-tidaknya bekas tertinggal ini akan menjadi kenangan kedua pihak. Pada akhirnya ,ia jelas merugikan Islam malah menjadi penghalang perjalanan perjuangan . Andaikata mereka faham erti jamaah dan perjuangan, apalah kiranya mereka gunakan segala ruang yang selama ini dibuka seluas2nya untuk berbuat kebaikan. Bukan sekali malah berkali-kali saya katakan “guna, guna dan gunalah segenap ruang Cahayafm untuk kepentingan Islam”.


Kini, AZIZI tampil dengan lagu2 pelbagai bertemakan HIBURAN TANPA HAD. Bagi saya, ini sedikit sebanyak menjawab persoalan tentang apa sebenarnya yang diperjuangkannya. DIN masih kekal dengan konsep yang kita perjuangkan di Cahayafm. Wahai, kedua-dua mereka kalau disatukan sudah tentu memberi keuntungan pada perjuangan. Tetapi, inilah ujian sebenarnya bagi mereka dan kita di Cahayafm. Bukankah manusia itu selalu diuji? Dalam ruang terkekang ini tidak mungkin dapat saya ungkaikan A to Z apa yang mahu saya perkatakan. Jika berkesempatan, perkara ini akan saya perkatakan dalam skype agar tidak timbul andaian2 menyimpang dan kurang baik. Andai mereka melihat perjuangan Islam itu dahagakan perpaduan, pasti pendengar mereka kini bukan hanya setakat 2,3 orang atau lebih sedikit 10 orang berbanding pendengar mereka di Cahayafm sebelum ini melebihi 40 orang. Ternyata kekuatan itu bukan terletak pada peribadi semata-mata tetapi letaknya pada kekuatan jamaah.


Akhir sekali, mari kita sama2 luruskan kembali niat kita berada dalam wadah Cahayafm. Jika hanya sekadar berhibur dan berseronok-seronok maka sekali lagi niat kita tersasar dan cepat-cepatlah memperbaharuinya. Kita niatkan hanya kerana Allah semata-mata. Kepada yang tidak aktif ke udara saya mohon aktifkanlah diri anda semula paling tidak 1 minggu 1 kali. Bawalah apa2 segmen yang sesuai. Kepada yang berkemampuan baca kitab, anda sangat2 dialu-alukan membaca kitab. Mana2 yang boleh mengajar iqra’ buatlah secara online. Lakukanlah apa juga usaha mengikut kemahiran anda demi Islam. Semua nama2 deejay bermula awal dan akhir, keberadaan mereka telah ditulis Cahayafm dalam mana2 kenyataan akhbar. Begitu juga dalam mana2 pertemuan yang diadakan. Jangan sampai suatu waktu nanti apabila kita ditanya generasi kita tentang kematian atau kejayaan Cahayafm berlaku pembohongan dalam sejarahnya. Kita tidak mahu memutar-belit, menokok-tambah atau mengurangi fakta. Kita juga tidak mahu bila tiba waktu mereka mencari jawapan, hanya sebuah isyarat BISU yang mereka temui sedang kita masih wujud sewaktu perjalanan sejarah itu tercipta.


Percayalah, apapun keadaannya selepas ini, sejarah akan mencatat apa yang kita buat terhadap dunia dakwah maya. Kitalah antara pencetusnya melalui Cahayaf

CAHAYAFM BERSINAR DI BERLIN GERMAN

Tahun 2011 bukan hanya bakal menyaksikan ulang tahun pertama kelahiran Cahayafm berada di atas talian pendengar seluruh dunia bahkan, tahun ini juga menjadikan detik sejarahnya disifatkan sebagai kejayaan besar dunia maya Islam negeri Sabah apabila muncul deejay2 bertenaga dari serata Sabah dan luar negara berganding bahu mengaktifkan siaran Cahayafm. Terkini, Deejay Najeebah dari Berlin, German menyertai Cahayafm.

Menurut penerbitnya Nazri Abdullah atau lebih dikenali Aldusuni, kekangan yang dihadapi dalam mengemudi Cahayafm, siaran berunsur dakwah maya menerusi talian ini bukanlah pematah semangat juang. Beliau yang ditemui baru-baru ini dalam program rakaman bersama KKFM di 91.1khz, Bukan Sekadar Muzikjuga merupakan Timbalan Pengerusi Konsortium Radio Online Sabah ( KROS ) dan Penulis Blog Suara Mualaf Sabah. Dalam kenyataannya, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memberi peluang kepada radio-radio online di Malaysia khususnya Sabah untuk membuat liputan program-program anjuran kerajaan, swasta dan badan2 NGO sesuai dengan konsep radio online masing-masing. Kata beliau lagi, walaupun hanya berbekalkan laptop, talian dan mic ketika bersiaran, peranannya tidak harus dilihat kecil . Malah, kelebihan radio online terserlah kerana siarannya merentasi sempadan dunia dan jika diberi tempat serta sokongan sewajarnya, sudah pasti segala informasi dalam dan luar negara dapat didengar oleh sesiapa sahaja yang melayari internet sekali gus bakal memberi keuntungan kepada negara.

Tambah beliau, Cahayafm yang turut dikenali sebagai radio online islamik pertama di Sabah, baru-baru ini telah mengambil langkah derastik dalam siarannya dengan menyahaktifkan lagu-lagu dan iklan-iklan dalam sistem auto serta digantikan dengan bacaan al-Quraan. Pendengar kini boleh mengikuti bacaan Quraan dengan tafsir Bahasa Melayu sepanjang ketiadaan deejay. Perubahan dalam siaran auto ini dibuat selepas mengambil kira keperluan umat Islam terhadap tafsir Quraan yang masih ramai kurang memahami bacaan Quran dalam Bahasa Arab itu sendiri. Diharapkan dengan adanya siaran ini, bacaan Quraan sedikit sebanyak mampu difahami dan dihayati oleh para pendengar. Bagaimanapun, segmen hiburan mendidik jiwa masih terus kekal bersama deejay2 setiap kali mereka ke udara. Begitu juga segmen permintaan lagu pilihan pendengar. Justeru mengambil kira kepelbagaian latar pendengar, Cahayafm turut mengadakan satu segmen iaitu Zon Bebas Fikir yang dikendalikan sendiri penerbitnya , Nazri. Segmen ini memutarkan pelbagai genre lagu berunsur ketuhanan, nasihat, lagu-lagu rakyat malah lagu-lagu pop yang sesuai serta tidak keterlaluan untuk pendengar yang inginkan genre muzik seperti itu. Segmen ini disisipi info-info berita semasa bersumberkan petikan akhbar beserta ulasan.

Antara deejay-deejay Cahayafm terkini; Nurhayati Musa, Jalifah Azlizah Azlan, Pilie PSG, Mohd Khamis, Fredolley Azizi Lining, Mohd Izhar Saibin, Wufey PSG, Pak Ngah Junoh, Alhaqiem, Norlela Abdul, Din, Miftah, Farah, Ibadur Rahman dan Najeebah. Masing-masing mereka berada di Keningau, Ranau, Kota Kinabalu, Pahang, Rawang, Kuala Lumpur, Singapura dan Berlin German.

CFM

Cahayafm dengan ini, telah mencetus beberapa perkara dalam bidang dakwah maya serta tidak mustahil perkara ini bakal menjadi ikutan pihak2 berkaitan satu masa nanti. Ia termasuklah:-

1. Menjadi radio online pertama di Malaysia yang mengumandangkan bacaan Quran secara online berserta tafsir.

2. Menempatkan Cahayafm dilihat sebagai radio dakwah berbanding radio2 lain.

3. Mendorong deejay lebih kerap ke udara dengan sebab permintaan pendengar.

4. Tagline Cahayafm; ‘Hiburan Mendidik Jiwa’ bertepatan justeru kumandangan bacaan al-Quraan memberi ketenangan sejati.

5. Pengkeudaraan segmen bacaan Quran berjadual setiap hari, pengendaliannya tidak lagi merumitkan para deejay.

Sentiasalah memeriksa niat kita masing2 agar tidak terpengaruh dengan ketidaksetujuan atau komen2 kurang membina tentang auto deejay Quraan yang dikeudarakan ini. Quraan merupakan super power kepada kaum muslimin dan saya optimis menyatakan bahawa perkara ini bakal mencetus gelombang baru dalam dunia radio online di rantau ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah Cahayafm terpilih!

Auto Quran

Assalamualaikum.
Kepada pendengar Cahayafm yang tidak jemu2 memberi sokongan, sukacita kami maklumkan seperkara berkaitan Cahayafm. Ia penting serta berkaitan keputusan pihak Cahayafm setelah mengambil kira beberapa perkara demi dakwah maya serta harapan asal Cahayafm agar Islam terus berada di persada kemuliaan melebihi kemuliaan duniawi. Hasrat Cahayafm, agar apa juga segmen yang dikeudarakan adalah kerana dakwah. Walaupun banyak rintangan diterima namun, Cahayafm bangga kerana dalam waktu yang sama, kelompok pendengar dan ahli Cahayafm terus memberi sokongan padu.

Bermula 12.00 pagi 17 April 2011 ini, pihak Cahayafm tidak lagi memutarkan lagu2 nasyid, iklan dan sebagainya dalam sistem Auto Dj melainkan hanya bacaan Quran berserta tafsir dalam Bahasa Melayu. Keputusan ini merupakan keputusan pihak Cahayafm di samping sokongan pelbagai pihak yang telah memberi maklumbalas di 10 page berkaitan. Hasilnya, lebih banyak yang menyokong cadangan pihak Cahayafm untuk mengaktifkan bacaan Quran bertafsir tanpa mencampurkannya dengan lagu2 nasyid.

Diharapkan agar perubahan ini akan dapat membina jiwa dan minda kita agar terus dekat dengan peringatan2 Allah menerusi al-Quran. Konsep hiburan mendidik jiwa akan terus kita keudarakan menerusi deejay2 yang ke udara bersama pendengar dan segmen mereka . Auto Quran telah diset 30 juz.

Akhir sekali, mari kita aktifkan jiwa dan minda kita dengan kalamullah.

Perundangan CFM

Sejak kewujudan Cahayafm hingga hari ini, antara tindakan spontan yang saya lakukan termasuklah:-

1. Memadam mana2 pos yang tidak sesuai dari mana2 pihak, baik dj2 atau ahli tanpa makluman kepada mereka, kecuali selepas mereka bertanya secara mesej, telefon atau emel kepada saya.

2. Memantau dj2 sama ada pos2 mereka atau ucapan2 ketika onair

3. Mengingatkan arah tuju kewujudan Cahayafm melalui tulisan2 yang saya buat di ruangan blog khas

4. Memberitahu perkembangan semasa perjalanan Cahayafm secara bergambar atau tulisan.

5. Memberi kebebasan kepada semua dj mencetus idea

( segmen ) tanpa mengikat waktu bersiaran .

6. Menerima dj2 baru yang dicadang.

7. Sentiasa berinteraksi sesama dj.

Perkara2 di atas hanya sebahagian. Manakala mana2 isu yang melibatkan nama Cahayafm dan menjurus Islam, saya sendiri akan menjawabnya secara bertulis atau dibawa ke udara secara langsung.

Berikut jawaban saya memadam nama Din dari kumpulan skype dan di FB sebagai admin.

1. Semua dj yang telah bersama-sama Cahayafm sejak awal, yang tidak aktif ke udara beberapa masa sememangnya saya mendelit mereka di mana2 group tanpa memberi maklum pada mereka. Atas sebab2 berikut;

1.1. Kita tidak mahu orang luar membuat kritikan terbuka kepada Cahayafm atau dj2 berkaitan, dengan pertanyaan kenapa dan sebagainya sehingga akhirnya mendatangkan banyak prasangka buruk atau memberi peluang kepada mana2 pihak melakukan pertanyaan berserta andaian2 negatif pada Cahayafm, apa lagi Islam itu sendiri.

1.2. Semua tindakan yang saya buat tidak disusuli kenyataan terbuka di FB atau melalui mesej mereka kecuali mereka bertanya kenapa dan sebagainya. Sehingga hari ini, semua yang saya delete tidak bertanya atau membuat pos2 sebagai protis atau menyanggah tindakan saya . Justeru itu, saya yakin mereka amat faham.

1.3. Perkara yang Din alami sememangnya telah pun dialami oleh dj2 lama Cahayafm sebelum ini. Mengubah kata laluan siaran telah beberapa kali saya buat untuk mengelak pihak2 tertentu mengambil peluang merosakkan wadah perjuangan Cahayafm. Saya kira tindakan ini sesuai dengan pengetahuan saya yang terhad dan ini sahajalah kemampuan yang ada pada saya.

Terakhir, berkaitan kenapa saya bertindak demikian pada Din adalah kerana, saya tidak mahu saya dilihat sebagai ketua yang tidak adil pada dj2 lain kerana selama ini, beginilah yang saya lakukan pada mereka. Semua tindakan saya sama sekali bukan atas dasar dendam, benci, buang persahabatan, menghancurkan ukhwah islamiah bahkan jauh sekali mahu bermusuh atau apa jua yang seumpamanya kerana saya bukan manusia seperti itu. Sebelum saya lakukan tindakan itu, saya terlebih awal menyatakan kekecewaan saya pada Akim dan Nurhayati kerana saya benar2 perlukan seorang dj bernama Din dalam perjuangan. Din boleh tanya semua dj2 lama tentang apa yang saya telah lakukan sebelum ini.

Saya memang agak keras dalam hal perjuangan. Pada saya, perjuangan itu lebih utama dari segala-galanya. Saya tidak tahu murabbi membuat radio. Ketika saya diberitahu dan ditanya oleh Akim, Nurhayati dan beberapa rakan lain melalui mesej, barulah saya tahu dan terus melihat pos Din serta membuka link radio untuk mempastikan kebenarannya.

Semua yang saya lakukan termasuk diam seketika semata-mata tidak mahu ada pihak2 yang memanjangkan persoalan tersebut sehingga mereka melihat ada ketidaksehaluan antara Cahayafm dan Murabbi . Musuh2 Islam amat bijak dan paling bijak dalam mengambil kesempatan melagakan mana2 pihak termasuk individu2 Islam atau kumpulan2 terbabit. Oleh itu, lebih baiklah kita membuat tidakan yang dilihat tidak baik pada mereka tapi sebenarnya menguntungkan Islam itu sendiri. Dalam sejarah para pejuang Islam perkara yang berlaku antara Din dan Cahayafm sudah biasa berlaku. Namun, mereka yang tidak pernah terlibat dalam perkara seperti ini pasti memandang perkara sebegini tidak baik atau menyasar sedangkan perkara seperti ini bahkan menyelamatkan perjuangan jika dihalusi. Saya harap Din faham dan bersikap positif dalam hal ini.

Cahayafm dan dj2 lain termasuk saya langsung tidak melihat Din sebagai orang luar ( bukan Dj Cahayafm ) jadi, dalam hal ini silakan Din meneruskan rutin onair di Cahayafm. Tentang kewujudan radio Murabbi saya ucapkan tahniah kerana berjaya mengwujudkan radio yang membawa wadah Islam. Saya cadangkan kita adakan satu konsertium radio Islam yang dapat menggabungkan semua radio yang membawa imej Islam bernaung di bawah satu bumbung. Bagaimanapun, kita akan bincangkan bersama perkara ini nanti. Salah satu alasannya agar radio2 Kristian dan halaman2 Kristian tidak melihat kewujudan radio murabbi sebagai perpecahan sesama kita.

Suara Hati

Segmen Suara Hati. Setakat ke udara beberapa kali, ia belum mencapai target segmen kerana ia masih berada di lingkungan permintaan lagu. Sepatutnya, suara hati yang perlu ada dalam pengisian segmen ini masih tidak kelihatan. Saya cadangkan beberapa perkara mengatasi hal ini:

1. Minta pendengar untuk meluahkan rasa hati mereka dalam waktu yang tidak terhad; sepanjang hari, 24 jam, sebulan lalu, sejenak, atau apa di mana jua ruang waktu. sasaran segmen adalah rasa2 berkisar dunia hati di samping permintaan lagu. Jika tidak, segemen ini tidak lebih dari permintaan lagu.

2. Olahan kata berkenaan lagu perlu diperdalamkan.Bawa lirik lagu ke dunia hati. Jika dapat seolah2 kisah dalam lagu itu adalah kisah pendengar.

3. Gesa pendengar agar mengiringi permintaan lagu mereka dengan iringan kata2 dari hati atau suara hati mereka. Suara hati mereka tidak semestinya berkisar tentang satu2 hal saja bahkan apa saja perkara yang sedang mereka hadapi. Jika terdapat kata2 yang kurang baik, Azizi sebagai deejay segmen bolehlah menggantikan kata2 yang tidak sesuai itu dengan kata2 lain yang lebih baik dan sesuai.

4. Pembuka segmen ini; iklan tentang suara hati disusuli 2 buah lagu berkaitan hati atau suara sebagai pengenalan.

Maklumbalas

Berdasarkan maklumbalas yang saya terima dari deejay2 stesen radio KKFM dalam rangka menimba pengalaman mereka, dapatlah disimpulkan bahawa 3 perkara penting dan berperanan besar dalam mempengaruhi pendengar adalah; deejay, keterlibatan penerbit serta pemilihan lagu ke udara.

Mahu atau tidak, kita harus melakukan perubahan agar siaran cahayafm tidak berada di takuk mendatar berpanjangan dan tidak membosankan pendengar. Pencapaian kita setakat ini, hanya mampu menarik sekitar 40 orang pendengar. Itupun hanya pada masa2 tertentu. Saya rasa kita semua bersetuju bahawa ini bukanlah pencapaian yang memuaskan jika dinisbahkan jumlah ini kepada keseluruhan jumlah ahli dalam grup cahayafm sekarang.

Penyebab yang kita sedia maklum mengapa pendengar kita tidak konsisten ialah talian tidak stabil. Bukan itu saja, pos2 iklan juga kadangkala tidak dikemaskini di page utama cahayafm walhal itu antara sumber info para ahli untuk mengetahui ada atau tiada deejay2 kita yang sedang atau akan ke talian onair. Kekadang, ada makluman di laman utama juga tidak menjanjikan para ahli kita mengambil tahu hal ini. Mereka mungkin tercicir maklumat kerana sikap kurang endah terhadap pos2 kita yang bagi mereka kurang menarik untuk mereka baca dan ulas.

Untuk mengatasi perkara ini, kita mesti merubah pendekatan kita. Antara yang mungkin boleh kita lakukan adalah mengaktifkan pos2 di laman utama cahayafm menggunakan akaun admin masing2 agar kelihatan selaras. Selain itu, setiap kita boleh mewar-warkan kepada rakan2 FB masing dengan cara mengklik perkataan “cadangkan kepada rakan-rakan” di sebelah kanan FB. Ini akan dapat membantu page cahayafm bertambah keahliannya dan mudah2an akan menambahkan juga pendengar siaran kita.

Sistem skype sebelum ini telah kita kenalpasti menggangu set SAM terutama pengguna windows07. Adalah dinasihatkan agar para deejay yang terlibat dengan gangguan seperti ini memadam sistem itu dalam SAM .

Kita tidak nafikan antara kita banyak kekurangan; penyampaian kurang menarik, suara mendatar, , kekurangan idea justeru menjejaskan kepetahan berkata-kata dan macam2 lagi yang menjadikan siaran agak tidak terserlah. Cadangan saya untuk mengatasi perkara ini adalah dengan cara onair bergandingan. Cara ini akan membantu kerana ia dapat lengkap-melengkapi kelemahan dan kelebihan setiap kita. Dalam hal ini, kita akan cenderung kepada skype on bersama. Saya sarankan agar pengguna windows 7 bertukar ke windows XP.

Pengguna2 BB barangkali tidak perlu memberati talian dengan menghidupkan skype ketika ke udara kerana ia memerlukan kekuatan talian. Elakkan juga membuka bermacam-macam web selain SAM kecualilah talian BB mencapai 3 atau 4 bar. Ketika ini, bolehlah mencuba melihat-lihat web permintaan lagu dengan menurunkan kbps kepada 32 atau 23. Tidak perlulah menggunakan pelepasan 40kbps kecuali pengguna2 stremyx.

Deejay2 yang menggunakan BB memadailah memberi info semasa berdasarkan lagu2 pilihan dan suasana sekeliling sahaja.

Memandangkan setakat ini, tidak semua deejay dapat menyediakan segmen , maka cukuplah jika kita menyusun dan mengkeudarakan bahan2 mingguan yang disediakan mengikut tema. Cara ini barangkali akan lebih berkesan sebagai langkah menangani masalah tidak bersegmen. Kepada yang mempunyai segmen, sila mantapkan lagi segmen anda dengan membuat gaya persembahan berbeza atau berlainan dengan deejay2 lain.

Quran

Mari kita sama2 beri perhatian kepada beberapa segmen yg cukup penting bagi Cahayafm sekali gus merupakan ikon bagi Cahayafm. Saya katakan demikian kerana kesebatiannya dengan Cahayafm itu sendiri. Perkara yang saya maksudkan ialah segmen Bacaan Quran dan Tafsir bermula jam 6.00 - 8.00 petang dan Ceramah Mingguan setiap malam hujung minggu iaitu pada Sabtu dan Ahad. Kedua-dua segmen ini sebelumnya telah saya dan Deejay Din kendalikan namun, sejak akhir-akhir ini, ia tidak lagi dikeudarakan kerana beberapa kekangan antaranya, tidak mempunyai bahan siaran. Bagi mengatasi perkara ini, saya mohon agar semua deejay mengambil masa khas 1 hari untuk memuat turun bacaan quraan 30 juz beserta tafsir. Sila taip ' bacaan quran tafsir bahasa Indonesia ' untuk mendapatkannya. Sebelum ini, saya telah beberapa kali mencuba menghantarkannya melalui email dan skype namun setakat ini, ia belum berjaya sepenuhnya kerana ia memerlukan masa yang agak panjang ditambah lagi masalah talian penerima. Sila ambil perhatian sangat2 untuk Bacaan Quran setiap hari jam 6 pm – 8 pm, Jika belum ada pos, semua deejay tanpa meminta izin, bolehlah membuat iklan di laman utama Cahayafm bila tiba masanya. Saya mohon sekali lagi agar antara kita dapat memutarkan bacaan Quraan setiap masa.

Bagi segmen ceramah online, saya secara peribadi meletakkan kepercayaan kepada Deejay Anakeningau untuk segmen ini diadakan setiap malam Sabtu dan Ahad selesai sahaja bacaan Quran sehingga jam 10.00 pm. Walau bagaimanapun, jika segmen ini diadakan setiap hari sekali pun, ia sangat dialu-alukan terutama pada waktu siang.

Kepada para deejay, jika berkesempatan, sila senaraikan lagu2 yang biasa diminta oleh pendengar tetapi tidak ada dalam simpanan deejay. Untuk mengadakan lagu2 tersebut, sila muat turun atau minta daripada deejay2 lain sebagai langkah penyelesaian. Saya mohon, kita sama2 atasi perkara ini secepatnya. Ketika menunaikan lagu, seyogia tidak diulang-ulangi ayat 'lagu tersebut tiada dalam simpanan deejay' kerana dari segi etika penyiaran, ayat ini kurang sesuai diungkapkan. Teruskanlah memutar lagu2 yang lebih hampir atau sesuai dengan apa yang diminta oleh pendengar jika lagu berkaitan tidak ada.

Iklan2 utama Cahayafm serta pos2 ahli grup Cahayafm.net| Murabbi.net| Ikhwan Muslimin yang bersesuaian, hendaklah diberi keutamaan untuk dikeudarakan .

Bersama Cahayafm

Assalamualaikum.

Kepada semua pendengar Cahayafm yang dikasihi, satu program untuk mengembalikan nostalgia bersama dalam mengharungi suka duka melahirkan Cahayafm ini di alam maya akan dilancarkan.

Sertai program ini dengan menghantar suara hati anda berbentuk puisi, pantun, gurindam dan madah berunsur Islam untuk dihimpun dan dibukukan dalam sebuah naskah.

Penyertaan terbuka kepada semua ahli dan grup Cahayafm. Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih dari 5 tajuk bagi setiap jenis karya. Syarat2 dan info2 lain termasuk objektif program ini akan diwar2kan dari masa ke masa.

Ayuh, tarikan pena anda bermula sekarang. Sertai Suara Hati Bersama Cahayafm!
Nota;
Sila nyatakan jenis karya anda ketika menghantar ke page inihttp://www.facebook.com/pages/Suara-Hati-Bersama-Cahayafm/205468776144727?sk=wall

Pos

Kalau kita masih ingat pos2 lama saya tentang Cahayafm, sudah pasti saya tidak perlu lagi menulis dan mengulang-ulangi ingatan2 lalu. Namun kita sama2 akur bahawa kita adalah manusia yang tidak mempunyai kesempurnaan dan sering alpa justeru kita semua wajar saling ingat-mengingatkan sesama kita tanpa menanti masa dan waktu kerana inilah tuntutan Islam. Kesempurnaan hanya ada pada Allah dan kemuliaan hanya ada pada rasul.

Namun, tidaklah juga bersalahan jika kita ulangi perkara yang telah kita tahu dan fahaminya agar kita selalu hampir kepada kebaikan. Saya bukanlah yang baik, apa lagi terbaik di antara kita tetapi saya punya pengalaman yang saya mahu perturunkan. Barangkali hari ini apa yang saya katakan ini tidak bermakna namun, masa2 akan datang ia pasti berharga.

Sebelum ini, semua pengalaman dan pemikiran saya telah saya curahkan ke Utarafm; radio online pertama di Malaysia yang dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia; Pak Lah, di samping sokongan rakan2 Utarafm. Sehingga kini, Utarafm semakin naik dan itu adalah hasil jaringan2 yang saya buat. Anda semua boleh bertanya Rumputt sebagai pengemudi Utarafm tentang kebenaran perkara ini. Saya ceritakan ini kerana saya mahu melihat Cahayafm ini lebih dari semua segi berbanding semua radio2 online di Sabah kerana Cahayafm membawa nama Islam.

Pada saya, bila kita melihat Islam sebagai matlamat, secara langsung kita tidak akan melihat sebesar mana dan sejauh apa keterlibatan kita dalam perjuangan. Namun, kalau kita masih melihat perkara2 ini, sekali gus juga darjat, pangkat dan kemuliaan atau apa juga yang berbentuk keAKUan akan memerangkap diri kita. Setelah itu, pastilah kita bakal menempah kehancuran dan kekecewaan dalam apa juga yang kita lakukan.

Pun sebagai manusia biasa, kepedihan, kesedihan dan kekecewaan yang bertandang ke hati dan fikiran tetap kita rasai kerana kita punya hati dan perasaan. Sebelum ini, saya telah mengongsikan pengalaman saya dalam bidang ini agar ilmu ini sama2 kita gunakan atau ubahsuainya di kala perlu. Antaranya, saya dikatakan berceramah, bukan mendeejay bahkan dimaki hamun secara langsung di skrin chat . Pembacanya ketika itu bukan seorang dua malah puluhan orang. Makian bukan saja pada saya bahkan langsung kepada keturunan. Inilah antara yang bakal kita temui dalam memperkatakan Islam. Jelas, di luar sana mereka sibuk mencari jalan menghancurkan Islam justeru mereka akan sentiasa mengintai2 kelemahan orang Islam untuk dijadikan senjata mereka. Jadi, untuk apa kita memberi fokus pada benda2 kecil dan remeh sekalian melonggarkan tali2 ukhuwah sesama kita?

Secara peribadi, saya mendengar dan melihat dj2 Cahayafm semuanya hebat2, berkemampuan, berilmu dan memiliki pelbagai kelebihan yang tidak ada pada saya. Namun, setakat ini semua kekuatan dan kelebihan itu masih belum tersusun dan dipergunakan secara bersistem untuk kita tumbangkan lawan kita iaitu mereka yang memusuhi Islam. Jika tidak ditumbangkan sekalipun, memadailah jika kita terus berada di maya ini untuk tidak bosan bercakap tentang Islam.

SMS

Assalamualaikum.

Sebagai pengemudi beberapa grup maya juga penulis blog Suara Mualaf Sabah serta orang yang bertanggungjawab terhadap siaran online Cahayafm, saya ingin menjelaskan kepada para pembaca dan pendengar bahawa saya bukanlah antara individu Islam yang mempunyai ilmu dan kelayakan memberi tarbiah dan mengajar kalian tentang Islam, malah jauh sekali dari title seorang ulama ataupun ustaz yang mempunyai sijil taruhan. Saya hanya seorang manusia yang ada jiwa dan fikiran Islam setelah saya tolak keyakinan saya dulu.

Oleh itu, saya mohon saudara2 yang memiliki ilmu serta kelayakan, mari sama2 kita gandingkan kelebihan yang ada pada saudara2 dengan kekurangan2 yang jelas ini agar ia tidak mencacatkan malah bakal sempurna dengan tampungan2 kelebihan yang ada pada saudara2 sekalian. Pemikiran yang ada pada saya hanya sekadar pembakar semangat untuk saya dan kalian agar jiwa2 kita tidak malap dan terus alpa. Tidak lebih dari itu.

Pengalaman

Pengalaman ketika onair di RTM, KKFM | Pendengaran melalui corong radio.

Pengalaman ini saya kongsikan berulang kali dengan tujuan agar kita sentiasa menambahbaik dan memantapkan pengacaraan sedia kita. Kalaupun item2 ini sudah ada dalam diri kita, maka anggaplah ia sebagai peringatan dan ulangkaji semula. Beberapa perkara lain sengaja saya sentuh sebagai maklumbalas pengamatan deria telinga:

1. Elakkan bercakap melebihi 4 minit ikut standard RTM. Terkecuali jika kita sedang bersiaran langsung di mana2 majlis yang memerlukan sentuhan banyak elemen seperti ulasan bola sepak, wawancara, forum dan sebagainya.
2. Lagu yang diputar tidak melebihi 2 tajuk disusuli 2 atau 3 iklan sebelum deejay mengambil tempat.
3. Elakkan memberi info berulang melebih 3 kali serta melepaskan muzik latar terlalu lama.

InsyaAllah, saya akan cuba tulis gaya persembahan setiap deejay selepas ini untuk tujuan ilmu dan perkongsian. Penulisan ini bukanlah tulisan ilmiah atau profesional tetapi hanya berdasarkan pendengaran, pengalaman dan sudut ruang sebagai pendengar . Harapan kita agar setiap kita dapat melihat kemampuan, kekuatan dan sebagainya untuk sama2 kita perhalusi. Meski saya juga masih belajar dan bukan yang terbaik atau yang baik antara kita, tetapi saya meniti atas deria telinga dan deria rasa di lingkungan saya. Saya sangat berharap agar deejay2 Cahayafm selepas ini terus mengambil bahagian ke udara dengan segmen masing2 seperti yang telah dirancang.

Deejay Baru

Assalamualaikum.
Selamat bersama Cahayafm kepada deejay2 baru. Cahayafm, satu2nya radio online yang membawa imej Islam di Sabah malah satu2nya radio bersifat berani dalam menyatakan pendirian di ruang udara berbanding radio2 online lain di Malaysia.

Bermula sifar pendengar kepada puluh. Tidak mustahil secara berperingkat, pendengar akan mencecah angka ratus dalam satu2 waktu setiap kali deejay ke udara. Namun, perkara ini tidak dapat dicapai jika kita tidak berbuat sesuatu. Ada beberapa perkara menjadi kekuatan sesebuah radio baik radio komersial ataupun atas talian. Dua faktor utamanya ialah deejay dan segmen.

Dua faktor ini sangat berperanan dalam dunia penyiaran manakala perkara2 lain dianggap bonus. Walau bagaimanapun, keperluan perkara bonus ini sering berkait rapat dengan 2 faktor di atas malah ia turut menjadi pelengkap; suara yang baik, paras wajah ceria, bahasa, kenalan, pengurusan masa, teamwork, dana, kepakaran IT, peralatan radio dan sebagainya yang bersifat material.

Berkaitan Cahayafm, semua perkara di atas ada padanya. Meski kuantitinya hanya sedikit, Bagi saya, ada beberapa perkara lagi yang perlu kita pertingkatkan, Ia tidaklah memerlukan kos apa lagi masa untuk mencapai, bahkan ia boleh kita lakukan serta merta. Antaranya, pemilihan lagu, masa bersiaran, segmen dan teknikal pengendalian SAM. Pengemaskinian dan penambaikan 4 item ini boleh kita laksanakan serta merta.

Tindakan susulan berikut juga akan membantu kita ke arah pembaikan. Mahu atau tidak, kita mesti mulakan dari sekarang, iaitu mengaktifkan semula ruangan chatt, mengaktifkan pos2 di laman utama Cahayafm dengan membentuk grup masing2, mengaktifkan pos2 di FB utama Cahayafm, mengaktifkan diri untuk memperkenalkan Cahayafm kepada rakan2 FB, membantu deejay2 yang ke udara membuat pemberitahuan tentang siaran yang diaktifkan oleh mereka dan pewujudan segmen.

Bagi menjadikan Cahayafm berada di lingkungan 10 dalam kelompok pencarian enjin google, setiap pos yang melibatkan Cahayafm hendaklah di lengkapi dengan frasa cahayafm.net atau sebaik2nya ditulis ; www.cahayafm.net . Cara ini membantu pelayar2 internet menemui Cahayafm lebih mudah kerana alamatnya dalam enjin pencari akan dipapar penuh seperti Cahayafm.net.

Putaran iklan2 berkaitan Cahayafm setiap kali ke udara secara tidak langsung akan turut membantu menaikkan rating pendengar Cahayafm. Buatlah juga pos2 pemberitahuan 20 minit sebelum ke udara, Semua permintaan lagu dilakukan melalui ruangan permintaan lagu dan begitu juga ucapan2 dan seumpamanya. Untuk bacaan Quran, semua deejay dimestikan memuat turun bacaan Quran beserta tafsir untuk dikeudarakan setiap jam 6.00 – 8.00 petang. Secara permuafakatan, bergilir atau mengikut kesesuaian, setiap deejay harus memastikan bacaan Quran dikeudarakan pada waktu tersebut.

KKFM

Saya amat tertarik dengan kenyataan seorang deejay KKFM. Katanya, “ radio online liputannya luas dan tanpa sempadan”. Sebenarnya sudah berkali kita nyatakan hal ini bahkan semua pelayar internet cukup tahu bahawa dunia kini berada di hujung jari. Sebutlah apa saja maklumat yang kita mahu, pasti kita akan mendapatnya secepat kelajuan layaran kita. Walaupun barangkali bukan semua yang kita perolehi itu terbukti kebenaran dan kesahihannya, kerana bukan semua pemberi maklumat mengongsikan tulisan-tulisan mereka berdasarkan ilmu.

Berbalik kepada kebaikan radio online dan peranannya, penyampai merupakan kekuatan kedua mana-mana radio. Ternyata kita rupanya berada di zon tersebut. Alangkah beruntungnya kita justeru keberuntungan ini haruslah kita syukuri. Marilah kita sama-sama pelajari ilmu dan pengalaman dari mereka yang dianggap ‘pengamal’ dalam dalam dunia ini agar kita menjadi sebaris atau sekurang-kurangnya berada di ruang lingkup memperbetulkan gaya dan cara persembahan kita. Ingatlah bahawa kita berada dalam zon Islam sekali gus mewakili kebenarannya. Sewajarnyalah kita bersikap kreatif, berusaha mengolah persembahan agar enak didengar lantas mengena ke sasaran kita; hati pendengar.

Sedar atau tidak, dunia kini mendengar apa yang kita pertuturkan. Jadi, ‘bangunlah’, mereka sedang menilai kita. Selamat mencuba!

Dibaham

Amat menghairankan. Ketika mereka bersatu habis-habisan, kita pula mengecil dan menanti dibaham. Apapun alasan, ternyata bintik-bintik itu telah terbentuk. Akhirnya, bertepuklah tangan-tangan iblis justeru berjaya meroboh ayat-ayat perjuangan.

Deejay

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada deejay2 Cahayafm yang tidak jemu2 ke udara siang dan malam. Saya percaya kerana niat kita masing-masinglah menyebabkan kita menjadi kuat dan tidak jemu2 ke udara walaupundi hadapan, pelbagai kekangan yang kita hadapi; bermula talian,mik dan macam2 lagi yang tidak berpenghujung, namun kita masih tersenyum.

Dalam pengalaman kita bersama mengemudikan Cahayafm, sedikit sebanyak, kita mendapat ilmu2 baru. Kepada deejay2 baru, hanya penghargaan ‘terima kasih’ yang dapat saya ucapkan atas keterlibatan langsung kalian. Hanya Allah yang layak menilai apa yang kalian lakukan. Sebagai panduan bersama, saya suka kongsikan beberapa perkara berkaitan ketika onair;

1. Carilah mana2 segmen yang kita berkemahiran membawanya. Contohnya, jika kita cenderung kepada ilmu sejarah Islam, maka pergunakanlah bidang kecenderungan dan kelebihan ini untuk dijadikan segmen kerana ia sangat membantu kita bercakap lebih petah dan lancar.

2. Sebaiknya, di peringkat awal, sediakan sedikit catatan mengenai topik yang hendak dikeudarakan termasuklah pemilihan lagu dan petikan2 yang akan mengiringi setiap lagu yang dikeudarakan.

3. Lontaran suara yang jelas, tegas dan tidak teragak-agak bagi kebiasaan mana2 dj2 radio sedikit sebanyak bergantung kepada penggunaan, pemilihan dan keserasian kata dan ayat anda ketika berinteraksi dengan pendengar di ruang udara.

4. Had masa setiap kali bercakap sebelum lagu sebaik2nya diperuntukkan selama 5 minit sahaja. Inilah standard RTM ( dlm pengalaman saya ketika onair di RTM ), kecualilah jika info yang kita keudarakan itu agak panjang untuk dibaca.

5. Pendengar kita tidak ramai yang kita kenal melalui chat atau FB. Oleh itu, elakkanlah berasa bersama mereka ketika ke udara. Seyogia ketika di udara kita fokuskan bahawa kita sedang bercakap di pentas dunia terbuka agar ruang rasa dan tindakan kita lebih luas serta benar2 bertenaga.

6. Untuk mengetahui lanjut serta memantapkan cara pendeejayan, sama2lah kita menimbanya dengan mendengar radio2 berkaitan seperti IKIM dan seumpamanya bersama deejay2 mereka berserta segmen yang mereka kendalikan. Mudah2an ia membantu dalam membentuk serba sedikit cara pendeejayan masing2.

Nota;
Semua perkara berkaitan Cahayafm seperti makluman semasa dan seumpamanya, silalah tinggalkan di group ini supaya deejay2 lain turut mengetahuinya sekali gus dapat mengambil tindakan.

HTML

pos2 di group cahayafm.net | murabbbi.net | ikhwan muslimin tolong baca | semua alamat2 berkaitan cahayafm mklumkan pd pendengar | kod html baru minta rakan2 wab,blog menukar yg baru

Admin

Semua admin yang membuat pos di dinding FB Cahayafm selama ini secara langsung namanya bertukar kepada Cahayafm. Bagi mengelak kekeliruan sesama deejay di samping mudah dikesan oleh pihak-pihak yang bertanya, di akhir tulisan atau pos setiap admin hendaklah disertakan nama sebenar (pemberi pos) atau nama mengikut akaun FB masing-masing.

Sambutan Maulidur Rasul SAW

Assalamualaikum.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Cahayafm mengucapkan selamat menyambut Hari Keputeraan Rasulullah SAW. Semoga di tarikh bersejarah ini, kita sama-sama dapat mengambil ikhtibar dari perjalanan hidup yang pernah ditempuh Rasulullah SAW berserta para sahabat terdahulu di samping pejuang-pejuang Islam, para ulamak dan pendakwah, para ustaz dan ustazah serta semua individu Islam yang sehingga kini terus-terusan menyumbangkan tenaga dan fikiran mereka untuk Islam .

Dalam kita menyambut kelahiran Rasulullah, marilah bersama kita tingkatkan usaha syiar Islam sebagaimana yang pernah dicontohkan Rasulullah. Usahlah kita selesa dengan hanya berkompang, berarak sambil berselawat mengelilingi pekan tanpa mengambil semangat juang pejuang-pejuang Islam yang telah menyampaikan Islam sepenuh hati serta tidak pernah berhitung waktu dan seumpamanya.

Cahayafm sebagaimana dari awal kewujudannya sehingga kini, masih konsisten dalam melaungkan keterlibatan semua pihak dan individu Islam untuk sama-sama mengambil bahagian dalam wadah ini khususnya ke udara dengan tujuan menyampaikan ilmu dan info berkaitan dunia Islam. Sayangnya, setakat ini teriakan dan tangisan masih tidak bersambut. Mungkin kerana ia dilihat kecil justeru tidak diendahkan.

Sesuai dengan sambutan Maulidurrasul SAW, sekali lagi Cahayafm meneriak di tengah-tengah kepungan dan kekangan, mengajak semua pelayar internet yang punya laptop/pc, ‘add’lah skype ' aldusuni1 ' atau deejay-deejay Cahayafm agar anda dapat bersama-sama kami melaungkan suara-suara Islam mengikut posisi anda; sebagai ustaz, peniaga, penjawat awam, swasta atau sebagai apa saja selagi anda muslim.

Anda boleh membuat apa juga segmen yang anda fikirkan sesuai seperti membaca kitab, menyiarlangsung khutbah Jumaat dan lain-lain. Jadikanlah Cahayafm media maya dan saluran dakwah kita. Cahayafm sangat perlukan anda semua untuk bersama-sama melaungkan suara-suara Islam. Lagu hanyalah sebagai iringan semata-mata.

Kepada anda yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu memperkenalkan Cahayafm kepada rakan-rakan anda, ketahuilah, kami sangat menghargainya. Terima kasih dan teruskan memberi info tentang Cahayafm kepada rakan-rakan FB anda.

Segmen

Memandangkan segmen dan jadual bersiaran yang kerapkali kita bincangkan sebelum ini belum disepakati sepenuhnya disebabkan pelbagai kekangan, saya kira pendekatan di bawah boleh kita lakukan tanpa terikat dengan jadual dan masa bersiaran tetapi berterusan;

1. SEGMEN BULANAN DAN MINGGUAN: Semua penyampai boleh ke udara tanpa mengira masa dan hari bersiaran. Contohnya; Sepanjang minggu, segmen sejarah Islam dibincang di samping iringan lagu2 bersesuaian. Para pendengar digalakkan mengambil bahagian dengan membuat pos berbentuk puisi, madah, gurindam atau kata2 hikmah namun masih berkait dengan topik atau tema perbincangan. Tema mungkin akan berubah setiap minggu atau 2 minggu sekali mengikut kesesuaian.

2. SEGMEN PERMINTAAN LAGU: Segmen ini antara tumpuan para pendengar. Semasa mengendalikan segmen ini, senantiasalah kita war-warkan kepada pendengar agar menyertakan sekali kata2 hikmah di samping ucapan yang mereka kirimkan. Dengan syarat ini, mereka secara tidak langsung akan menyumbang idea dan cetusan fikiran untuk dikongsikan bersama dan tidak hanya setakat menjadi pendengar semata2.

Aktifkan

Mewujudkan fan Cahayafm sangat baik. Namun, jangan kita lupa, halaman utama Cahayafm agar pihak pembaca dan pemerhati melihat kekuatan dan kesatuan tkita berdasarkan jumlah utama di laman ini. Kita juga amat mengharapkan agar halaman2 yang lahir ini benar2 terisi dengan info2 ilmu yang dapat dimanfaatkan bersama oleh para pembaca. Halaman utama Cahayafm kenampakannya tidak aktif dengan pos2 baru. Kalau adapun, amat jarang. Saya bukan tidak mampu menulis malah lebih dari mampu kerana akal fikiran saya sentiasa aktif memikirkan banyak perkara . Namun, kekangan besar saya adalah, saya perlukan editor untuk menambahbaik dan memperbaiki ejaan dalam tulisan2 saya agar lebih mudah dibaca.

Semua tulisan saya perlu menanti masa kosong orang rumah saya. Saya terpaksa menyatakan di sini yang kadangkala saya ‘curi’ masanya untuk ‘editing’ tulisan2 saya. Mari kita fikirkan bersama perkara ini. Pos2 di FB utama Cahayafm amat jarang diposkan dengan tulisan2 sesama kita, tidak kira berbentuk berita semasa, ilmu atau sebagainya. Saya teringin sangat agar FB Cahayafm ini disarati info2 ilmu dari info kita bersiaran, meskipun info tersebut juga sangat kita perlukan.
Marilah sama2 kita fikirkan .

AADL




Sudah masuk minggu ke-2 saya menanti cadangan dari pendengar berkaitan segmen yang difikirkan dapat menggantikan Segmen Muzik Global. Namun, setakat ini, belum ada tanda-tanda atau maklumbalas yang saya terima. Apapun, barangkali kesukaran mencetus idea menjadikan saya beranggapan bahawa pendengar hanya menanti cadangan dari pihak Cahayafm khususnya saya sendiri. Saya sendiri agak ketandusan idea mencari segmen pengganti MG. Bagaimanapun, saya ingin mencadangkan satu segmen untuk anda perhalusi dan nilaikan semula.

Untuk tujuan ini, saya berbesar hati kiranya anda semua dapat mengikuti segmen yang saya keudarakan nanti dan jika ada idea2 yang lebih baik dari pendengar, silalah emelkan ke cahayafm@yahoo.com.my. Semua cadangan atau kritikan selepas ini saya alu-alukan untuk anda membuat kritikan secara online bersama saya dalam satu forum khas dan saya amat berharap supaya anda para pendengar dapat mengambil bahagian.

ADA APA DENGAN LAGU ( AADL). Inilah tajuk segmen yang akan menggantikan MUZIK GLOBAL . Untuk mengetahui pengisian segmen ini, sila ikuti siaran ini dari masa ke masa. Semua jenis lagu dan rentak akan dimainkan dalam segmen ini sebagai landasan hebahan segmen ini selama 2 jam, manakala semua lagu yang dikeudarakan adalah atas pilihan penyampai. Pembicaraan segmen berkisar politik, dunia remaja, sukan, motivasi, perkara2 yang ada berkait dengan sikap dan kemanusiaan, pemikiran, budaya,dan sebagainya. Ringkasnya, segmen ini menampilkan pelbagai idea2 terkini panas, pedas, manis, pahit kemudian diadun menjadi ROJAK yang sedap dimakan oleh semua peringkat usia tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Nazri

Berkembar

Jadual berkembar akan digunakan oleh radio2 online untuk bersiaran di KKFM bermula 5 Februari 2011. Ini bermaksud, 2 jam pertama daripada tempoh 4 jam yang diperuntukkan untuk sebuah radio online , deejaynya akan dipandu dan digandingi Rumputt atau saya. Manakala , 2 jam seterusnya akan dilepaskan sepenuhnya kepada deejay2 berkenaan.

Atas kapasiti sebagai orang penting dalam kelahiran KROS juga, Rumputt dan saya akan mengawal dan memantau mana2 radio online yang ke udara setiap minggu. Justeru, banyak perkara baru yang terpaksa saya hadapi.

Oleh itu, saya mohon jasa baik para dj Cahayafm untuk memikirkan jadual yang sesuai untuk Cahayafm ke udara beserta skrip dan pemilihan lagu. Masa yang diberikan adalah selama 2 jam dan dijangkakan 20 buah lagu akan ke udara dalam tempoh itu.

Sila cadangkan lagu2 yang bakal Cahayafm keudarakan beserta info2 yang sesuai sebagai sisipan. Selain itu, mohon juga bantuan mereka skrip iklan Cahayafm untuk dirakam sekali gus dikeudarakan di KKFM.

Untuk maklumat lanjut, mohon kerjasama semua dj agar dapat membuka 'skype' malam ini agar dapat saya perjelaskan lagi perkara ini.

Tertutup

Halaman ini tertutup. Hanya untuk Dj2 Cahayafm yang aktif atau tidak saja. Sebelum ini, kita telah jadikan blog dan skype sebagai ruangan interaksi sesama dj sekali gus memudahkan sesama kita mendapat info terkini tentang Cahayafm, sama ada berbentuk tindakan atau susulan. Namun, nampaknya ia tidak mendapat perhatian berdasarkan jumlah ulasan yang ada dalam post2 ter’post’.

Rasanya sebelum ini, saya telah saya jelaskan tentang semua matlamat dan tujuan kewujudan Cahayafm ini samada secara bertulis ataupun secara lisan melalui perbincangan. Semuanya terang dan tiada yang tersembunyi. Tujuan sebahagian blog, halaman facebook dan skype yang kita tidak buka kepada orang ramai semata-mata menjaga kredibeliti Cahayafm termasuk para dj.

Namun, masih ada pertanyaan2 sesama kita ditulis di luar halaman ini dan saya kira perkara seperti ini kurang baik jika berulang. Harus kita ingat bahawa, apa juga yang kita tulis pasti akan dibaca oleh pembaca . Selepas itu pasti mereka akan menilai, mengukur dan membuat pelbagai andaian tentang Cahayafm dalam pelbagai perkara. Antaranya, pembaca secara langsung akan tahu siapa kita sebenarnya dalam semua hal, meskipun bukan 100%. Ia termasuklah jalur pemikiran kita, sikap kita, pendirian kita dan sebagainya. Akhirnya, ia berbalik kepada perkara-perkara yang kita lakukan.

Ingatlah, kita boleh saja menolak dan menidakkan apa saja yang kita lihat dan dengar antara kita. Namun, sebelum menolak, berilah cadangan-cadangan yang baik dan berkesan beserta alasan dan sebagainya. Sesama kita, biarlah berbeda paras muka, latar hidup, aliran fikiran dan sebagainya, namun untuk Islam, jangan sama sekali kita berpecah kerana tali kita satu.

Sedar atau tidak, KKFM telah memberi laluan kepada Cahayafm dan inilah peluang kita memasukkan jarum perjuangan Islam yang kita pupuk dan rawat selama ini. Kita hampir terlepas peluang bila bengkel yang dijalankan baru2 ini menampakkan seolah2 tidak ada sambutan dari Dj2 Cahayafm. Bagaimanapun, saya sangat faham dan jelas bahawa kedatangan kita ke KKFM menuntut pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit sedang kebersamaan kita di Cahayafm sedikit pun sebenarnya tidak memberi pulangan untung wang ringgit@gaji. Namun, untuk Islam kita sama2 meng”iya” dan berkata “tidak apa” kerana kita yakin Allah bakal memberi ganjaran setimpal niat dan usaha kita.

Saya bersyukur melihat usaha tenaga2 muda Cahayafm. Saya percaya Cahayafm tidak akan bertumbuh tanpa komitmen dan usaha kalian. Percayalah, saya tidak lontarkan perkara ini kalau saya keseorangan sebagaimana awal kemunculan Cahayafm, atau apakah ada antara kita berniat untuk melihat saya kembali keseorangan? Sejak akhir2 ini apa juga pos2 yang saya lakukan di Cahayafm, saya tercari-cari ulasan dan komen di antara kita.

KKfm

Alhamdulillah. Sehari suntuk bersama KKFM, pelbagai ilmu bidang penyiaran dapat ditimba. InsyaAllah, dari masa ke masa, segala yang dipelajari akan dijadikan garis panduan dalam penyiaran siaran online Cahayafm oleh para penyampai Cahayafm.

Mohon bantuan semua penyampai Cahayafm agar dapat memilih lagu2 nasyid bermutu dalam simpanan masing-masing untuk dikumpul dan dihantar ke cahayafm@yahoo.com.my sekali gus dijadikan koleksi bahan onair di KKFM nanti. Sila hantar sebelum Sabtu minggu pertama bulan Februari kerana lagu2 ini akan diserahkan ke KKFM selepas itu.

KKFM

Pihak KKFM sekali lagi mohon senarai nama dj dari semua radio online yang dapat bersama ke taklimat di KKFM pada 29 Januari 2011, bermula jam 8. 30 pagi hingga 3. 30 petang. Mohon kerjasama dj2 Cahayafm yang dapat hadir agar dapat mengesahkan kehadiran ke taklimat ini sebelum jam 2.00 petang Jumaat ini, untuk tindakan lanjut.

MG

Assalamualaikum. Telah saya perjelaskan beberapa perkara yang saya sembunyikan dari pengetahuan pembaca selama ini, secara bertulis atau online, semata-mata agar sesama kita lebih akrab dan memahami. Namun, dalam perjuangan saya tetap keras dan tegas dengan pendirian. Justeru, Segmen Muzik Global akan saya tamatkan serta merta bermula awal Februari ini sekali gus menjadikan saya tidak punya sebarang segmen di Cahayafm. Jika saya bersiaran sekalipun, saya akan bersiaran tanpa segmen khas.

Terims kasih
Nazri.

Taklimat KKFM




Taklimat Kursus di KKFM
Pihak KKFM telah memaklumkan kepada KROS bahawa satu taklimat berkaitan segmen Online Radio at KKFM akan diadakan di konti KKFM mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Januari 2011
Masa : 8.30 pagi - 3. 30 petang
Tempat : Konti KKFM, UMS Kota Kinabalu
Yuran : RM 20. 00 setiap seorang

Kepada semua pengurus radio online, sila hantar senarai akhir DJ yang akan menghadiri taklimat tersebut keinfo@sabahonlineradio.net

NOTA;
Semua Dj Sabahan seboleh-bolehnya hadir ke taklimat ini. Antara pendedahan yang bakal diberikan oleh pihak KKFM termasuklah teknikal pengendalian sistem radio, pembikinan iklan, pengawalan suara, pemilihan lagu dan sebagainya. Sila beri maklumbalas segera.

Quran

Mohon kerjasama para deejay Cahayafm agar segera mendapatkan bacaan Quran berserta tafsir daripada Deejay Din supaya segmen ini dapat dikendalikan secara bergilir dan tidak hanya beliau seorang yang mengeudarakannya setiap hari sekali gus mengelakkan daripada terputus siaran. Segmen ini haruslah dipertahankan untuk dikeudara setiap hari kerana dari penelitian saya, terdapat peningkatan pendengar selepas perubahan ini. Mari sama2 konsistenkan segmen ini sebagai ikon di Cahayafm di samping bacaan pendek ayat Quran beserta terjemahan di awal setiap segmen ( kecuali MG) dan ceramah mingguan.

KKFM

Sama2 kita ambil perhatian dan belajar dari pelbagai sumber dan pengalaman. Tahun 2011 ini sama2 kita simpan hasrat pembaharuan terhadap Cahayafm kerana kita sayang akan perjuangannya. Sedar atau tidak, ada beberapa perkara yang menyebabkan pendengar berasa bosan dan jemu. Inilah hakikat yang kita wajar terima sebagai ilmu yang memberi kematangan kepada kita sebagai penyampai. Berikut antara perkara yang harus sama2 kita beri perhatian untuk dipertingkatkan dan diperbetulkan agar perkara ini tidak berlaku ketika kita sedang onair di Cahayafm, dan sebagai persediaan ke KKFM.

1. Elakkan penggunaan ayat pemberitahuan seperti ' bersiaran secara langsung’ dan seumpamanya kerana perkara ini kurang elok didengar berulang-ulang. Ayat seperti ‘bersiaran dari ..............’ ( tanpa langsung ) mungkin boleh menggantikannya.

2. Setiap Deejay cuba sedaya upaya membuat iklan sendiri sebagai pengenalan diri setiap kali ke udara atau jika tidak mampu, bolehlah meminta bantuan mana2 penyampai ( dengan skrip sendiri )

3. Bentuk identiti sendiri dengan gaya persembahan segmen masing2 agar pendengar lebih mengenali Cahayafm dengan penyampai pelbagai sekali gus memenuhi kepelbagaian latar para pendengar. Identiti yang dimaksudkan merangkumi pemilihan lagu, isu perbincangan atau perbicaraan dan seumpamanya. Perlu juga setiap 1 minggu menampilkan sekurang-kurangnya 2, 3 atau lebih lagu2 baru yang belum pernah diputar di Cahayafm.

4. Untuk mengekalkan teras identiti Cahayafm, diharap para penyampai memberi perhatian terhadap lagu2 yang diputar setiap kali onair. Elakkanlah memutar lagu2 pop atau seumpamanya sebagaimana lagu-lagu yang terdapat dalam Segmen Muzik Global. Kenyataan ini tidak berbaur menutup ruang kebebasan para penyampai, jauh sekali mengaut populariti individu tetapi ia lebih kepada menjaga identiti Cahayafm agar tidak disamakan langsung dengan lagu2 radio online yang lain, selain memudahkan pihak kita menjawab segala persoalan yang timbul kelak. Jadi, cukuplah Segmen Muzik Global memenuhi keperluan pendengar2 ‘sasaran’ sesuai dengan kenyataan awal saya tentang keperluan Muzik Global di Cahayafm.

5. Masalah talian - Sekiranya berlaku gangguan talian seperti lagu tersekat-sekat lebih dari 3 kali, sila beri laluan autodj mengambil tugasan agar tidak menjemukan pendengar terutama sekali pendengar baru.

6. Semua penyampai perlu aktifkan bacaan Quran dan ceramah mingguan kerana inilah antara dasar kewujudan Cahayafm. Semua kita kena mengambil bahagian.

Nota;

Semua penyampai Cahayafm yang tinggal di Sabah, sila berhubung dengan saya untuk menegsahkan kehadiran ke taklimat pengendalian radio di KKFM nanti.