Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Jumaat, 31 Disember 2010

2010

Tirai 2010 bakal berlabuh beberapa jam lagi. Bagi pelari pecut dan pejuang, jika 2010 dilihat sebagai penentu kemenangan, maka saat inilah pecutan habis-habisan dibuat untuk menentukan menang dan kalah. Manakala, bagi penyokong dan rakyat, tika inilah juga mereka bersiap-siap untuk bersorak menyambut kegembiraan untuk kemenangan dan melepaskan tangisan atau rasa sedih menerima kekalahan. Malam ini juga bermacam budaya baru ciptaan penduduk bumi lahir semata-mata menyambut 2011 . Pahala dan dosa terhimpun di bumi dalam sambutan tiap kali menjelangnya tahun baru Malanglah bagi umat Islam yang turut terikut-ikut menanti dan menyambut tahun baru tanpa syukur kepada Allah lebih-lebih bahkan penuh dengan sorakan kealpaan.

Bagi Cahayafm, tahun 2011 merupakan era memasuki tahun pertama sambutan kelahiran. Namun, di saat menjangkau usia satu tahun ini, eloklah kita baca diari Cahayafm 2010 untuk kita sama-sama menilai kembali apa yang telah Cahayafm lakukan sepanjang 12 bulan berada di 2010. Berpuas hatikah kita? Tersenyumkah kita, atau berjayakah kita? Sorakan atau tangisankah yang wajar untuknya tika detik tirai 2010 dilabuhkan? Masihkah anda ingat pertanyaan ini tika bertanya pada saya?; “Bolehkah saya jadi DJ Cahayafm? Bolehkah buat macam ini? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Saya kira jawapan yang saya berikan sangat mudah diingati dan sampai bila-bilapun saya kira inilah jawapan saya; “ Boleh, yang penting Islam untung. Cahayafm bukan milik saya, tapi milik Islam dan saya tidak punya ilmu”. Dan benar, itulah saya. Marilah sama-sama kita baca catatan diari Cahayafm 2010 yang sama-sama kita tulis dalam minda fikiran kita yang pernah keluar di hujung lidah kita antaranya;

KEJAYAAN
1. Pelancaran Cahayafm pada 25 September 2010 di rumah Tuan Hj. Saprin Karim disempurnakan oleh Datuk Masidi Manjun ( semua yang berkaitan sumbangan secara langsung dan tidak )
2. Membina halaman Cahayafm bermula dari blog ke halaman berbayar
3. Menaiktaraf keupayaan server dari 100 pendengar percubaan kepada 1000 pendengar
4. Menambah jumlah penyampai dari seorang kepada 13 penyampai
5. Berita Cahayafm terbit dari pelbagai akhbar tempatan dan nasional
6. Penyampai Cahayafm menjadi MC program lintas langsung bersama Fan Maher Zain yang diadakan oleh Fan Club MZM di Kuala Lumpur – (Penyampai Farah)
7. Produk Cahayafm berupa lencana yang diurus oleh penyampai Miftah dikeluarkan untuk para fan Cahayafm.
8. Temuramah bersama KKFM, Radio komersial di bawah pentadbiran UMS Sabah diadakan.
9. Temubual bersama EX- UNIC Sayed Azlan dan kumpulan Elhamz diadakan.
10. Onair berkembar menggunakan skype
11. Panggilan telefon ke konti ( tidak mendapat sambutan )

CABARAN
1. Server web Cahayafm ‘down’ sebanyak tiga kali .
2. Lahir beberapa individu membuat kritikan terbuka

PUJIAN
1. Pujian dan sanjungan dari pelbagai pihak kepada Cahayafm dan kepada penyampai-penyampai bersifat harum bahkan ditulis oleh beberapa pihak berkaitan.

KERJASAMA SECARA LANGSUNG | TIDAK LANGSUNG
Pihak Cahayafm setakat ini telah bekerjasama dengan beberapa pihak;
1. Kolej Muhammadiyah
2. Murabbi.net
3. D’ Perkasa
4. Suara Mualaf Sabah
5. Kemunculan beberapa halaman dan facebook yang menceritakan kewujudan Cahayafm
6. Siaran Cahayafm dijadikan radio pilihan para pemblog dan halaman-halaman koperat dan jabatan
7. Lahir pendengar-pendengar setia Cahayafm

KEGAGALAN
1. Jadual bersiaran, penetapan segmen dan beberapa penyampai tidak onair secara konsisten
2. Mengadakan mesyuarat maya
3. Penyampai kurang berinteraksi di ruangan forum laman komuniti dan kurang membuat pos tazkirah di FB Cahayafm | Demi Masa termasuk beberapa kumpulan di FB
4. Tidak aktif memperkenalkan siaran dan laman Cahayafm melaluai FB peribadi
5. Bacaan al –Quran dan ceramah online tidak konsisten.

Rumusan;
Secara kasar, sedar atau tidak, kini Cahayafm semakin diterima oleh pendengar dari pelbagai pihak di merata negara. Namun, kejayaan ini tidak bermaksud kita berada di garisan kemenangan atau kejayaan. Kejayaan kita diiringi kelemahan. Lebih-lebih lagi, dari semasa ke semasa tidak semua kehendak pendengar dapat kita tunaikan. Cukuplah setakat ini kalau kita dapat memperbetulkan kelemahan yang jelas berlaku datangnya dari kita sebagai penyampai. Siapa dapat menduga jika, dari kelemahan yang kita sama-sama perbaiki itulah yang bakal membawa kesan pada kejayaan-kejayaan akan datang ..

Merujuk ruang undian di laman www.cahayafm.net rasanya cukup membuatkan kita terpukul dengan kerana sebahagiannya merupakan harapan-harapan pihak pengundi. Cuma, ketika kita melihat undian terakhir yang melibatkan penyampai, pada pendapat peribadi saya amatlah mengecewakan dan agak memalukan. Tahun 2011, undian penyampai akan dimansuhkan serta merta kerana undian itu tidak jujur.