Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Khamis, 30 September 2010




MAKLUMAN: semua penyampai yang ke udara perlu membuat post di dinding FB Cahayafm sebagai pemberitahuan kepada para pendengar. Post itu juga perlu disalincetak ke FB peribadi penyampai sendiri, ke ruang komuniti dan ruangan2 lain untuk memudahkan para pendengar mengetahui penyampai Cahayafm yang sedang ke udara. Para penyampai juga digalakkan mengiring post pemberitahuan dengan kata2 hikmah, petikan2 hadis, tafsir2 al-Quraan atau info2 semasa yang dapat memberi manfaat bersama.

Selasa, 28 September 2010

Datuk Masidi Manjun & Tuan Hj. Saprin Karim

Mari kita panjatkan kesyukuran kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW kerana disebabkan kasih sayang dan rahmatNya kita mendapat iman dan Islam. Jika dibanding manusia di luar sana masih banyak yang belum mendapat nikmat iman dan Islam.

Sedar atau, kita antara yang amat beruntung dalam dunia maya kerana terpilih membuat sumbangan pada dunia Islam. Dengan sumbangan ini, insyaAllah mudah-mudahan kita bakal mendapat ganjaran dari Allah. InsyaAllah juga kita terpilih menjadi manusia yang dipandang mata dunia sebagai pencetus sebuah radio online islamik bernama Cahayafm. Amat wajarlah jika kita berterima kasih dan bersyukur atas kepercayaan yang diberikan Cahayafm kepada kita sebagai pengendaliny meski kita tidak dibayar dengan gaji apa lagi dianugerahi pingat kebesaran. Seperkara yang wajar kita renung2kan adalah tentang nama baik Cahayafm yang harus dipertahankan. Barangkali, kita tidak membongkar nama Cahayafm dalam internet lalu kita tidak berasa bersungguh-sungguh untuk melihat siapa diri kita sebenarnya. Justeru, seringkali sikap lupa, lalai dan tidak prihatin menyebabkan kita tersalahletak posisi kita di kalangan umum atau sesama kita. Lantaran itu, TERKADANG kita lupa mengamalkan sikap berterima kasih dan menghormati . Gelaran untuk seseorang misalnya, tidak diangkat sewajarnya. Kita lupa menggunakan gelaran2 yang baik yang bukan bertujuan menyanjung tetapi lebih kepada menghargai dan menghormati para pendengar kita. Seyogialah jika diketahui latar belakang seseorang pendengar, gelaran2 seperti, kakak, abang, adik, pakcik, makcik hatta apa saja gelaran yang melambangkan kesopanan dan ketatasusilaan kita digunakan sebagai mengiring nama mereka. Harus kita ingat, kerana mengabaikan perkara2 kecil seperti ini, ada di kalangan pemerhati melihat kita tidak bersikap sopan . Justeru, kita kita semua berhati2lah dalam hal ini.


Kita semua maklum tentang apa yang kita bawa di Cahayafm. Ia adalah wadah Islam. Mahu atau tidak, segenap sudut Cahayafm pasti akan dilihat dan dinilai oleh manusia2 pelbagai ragam, sikap, pemikiran, kedudukan, jawatan dan sebagainya semata-mata mahu mengukur kita. Barangkali keterampilan islamik menyebabkan dalam usia 6 bulan, kita melihat banyak pihak telah memberi sokongan pada Cahayafm dengan meletakkan ‘coding’ Cahayafm dalam blog2 mereka, menyalin pelbagai artikel Cahayafm, menyimpan logo, memuji, menyanjung, berdoa, mengharap, sayang dan pelbagai lontaran bahasa yang boleh kita temui yang semuanya berkait dengan Cahayafm. Ketika mereka membicarakan tentang Cahayafm sudah pasti kita sebagai penyampai2lah yang akan menerima pujian dan sanjungan mereka itu sebenarnya. Nama2 kita menjadi harum di dunia Cahayafm meskipun kita tidak mahu itu semua. Jadi, kalau haruman dunia yang kita kejar, bukankah kita beruntung kerana memperolehnya? Inilah dunia, igauan kebanyakan manusia yang mahu nama2 mereka dikenali. Meskipun tujuan dan niat orang2 seperti ini kita tidak tahu namun inilah hakikatnya.

Oleh itu, mari kita ingatkan diri kita berkali-kali agar tidak lupa dan tidak akan pernah lupa tujuan asal kita menyertai Cahayafm iaitu berjuang mendaulatkan keagungan nama Islam. Biarlah banyak kali kita ingat-mengingatkan sesama kita, agar kita tidak lupa diri atau hanyut saat nama kita dijulang oleh orang2 di luar sana. Bagi kita yang masih kekurangan ilmu penyampaian, kita harus terus belajar sesama kita. Antara yang boleh kita jadikan guru adalah Nurhayati, Miftah, Farah, Ky, Haqem ( hanya sekadar menyebut nama ). Pun begitu, secara keseluruhannya semua kita walaupun telah melepasi tahap ukuran masih harus memperdalamkan ilmu agar suatu masa kelak, kemampuan itu bisa menarik lebih ramai pendengar. Jika tidak keterlaluan, cabarlah diri kita agar suatu waktu kita bisa kita mengislamkan pendengar2 yang bukan Islam. Mudah2an kita bakal mendapat ganjaran dan pingat yang paling mahal berbanding perkara2 lain di sisi Allah.

Akhir sekali, jangan mabukkan diri kita atas apa juga bahasa2 sanjungan dan pujian yang kita terima tapi mari kita mabukkan jiwa, fikiran zahir dan batin kita kepada Allah.

Ingatan buat diri kita


MAKLUMAN: Pihak pengurusan Cahayafm ingin memaklumkan bahawa Siaran Cahayafm akan mengalami proses penaiktarafan 'server' kerana 'server' yang ada sekarang kurang menampung kapasiti pendengar2 cahayafm. Oleh itu, dalam waktu 2 hingga 3 hari dari sekarang, para pendengar akan mengalami gangguan siaran. kepada rakan2 FB Cahayafm, anda dialu2kan untuk sama2 mengewar-warkan makluman ini kepada rakan2 Cahayafm yang lain. Cahayafm memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. teruskan menyokong Cahayafm. Atas kerjasama yang diberikan, Cahayafm mengucapkan berbanyak terima kasih.

Isnin, 27 September 2010


Mohon kerjasama kepada semua penyampai Cahayafm agar dapat menghantar segera cadangan segmen masing2 beserta masa bersiaran setiap minggu untuk diselaraskan dan dipaparkan kepada umum. Cadangan boleh inbox ke FB Nazri Abdullah. Kerjasama daripada semua amatlah diharapkan serta dapat diinbox dengan kadar segera

Khamis, 23 September 2010


Alhamdulillah, peningkatan pendengar Cahayafm setiap hari dari pelbagai negeri malah merentasi sempadan negara ini menunjukkan bahawa Cahayafm semakin diterima bahkan digemari para pendengar termasuk kumpulan2 nasyid, badan2 NGO, orang perseorangan malah deejay dari radio IKIMFM juga sudah turut mengikuti siaran2 semasa Cahayafm.

Untuk makluman bersama, selepas sahaja pelancaran Cahayafm pada 25hb Sept 2010 ini, semua penyampai perlu menyegerakan cadangan segmen masing2 beserta waktu bersiaran untuk paparan umum/pendengar. Segmen khas setiap penyampai perlu dikeudarakan sekurang2nya seminggu sekali. Setakat ini, hanya penyampai Nurhayati Musa yang telah menetapkan segmennya iaitu Segmen Ilmu Itu Cahaya bersiaran setiap Jumaat. Jadual seminggu sekali untuk segmen wajib adalah satu cara Cahayafm menarik lebih ramai pendengar di samping mempelbagaikan lagi corak penyampaian dan info2 bermanfaat di Cahayafm. Selain itu, inilah cara terbaik agar setiap penyampai yang sudah memiliki set SAM ke udara sekurang2nya sekali seminggu dalam segmen wajib masing2. Para penyampai yang bersiaran beberapa kali selain segmen wajib seminggu sekali amat dialu2kan dan diucapkan syabas.

Masalah ‘mic’ yang dihadapi beberapa penyampai perlulah diatasi segera. Pihak admin terpaksa menyatakan kebenaran bahawa tiada maknanya Cahayafm mempunyai ramai penyampai jika sebahagiannya bersikap kurang berusaha mengatasi masalah yang timbul sekali gus tidak ke udara dalam tempoh yang agak lama. Sebagai satu pasukan, kita perlu memahami bahawa, setiap kita masing2 menggalas tanggungjawab memartabatkan Islam. Cahayafm adalah ‘platform’ kita yang harus dijaga dengan baik. Pihak admin mohon maaf jika pernyataan ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan penyampai namun, percayalah, dengan rasa rendah diri niat ini dinyatakan semata2 mahu mengajak para penyampai menyelami misi dakwah Cahayafm. Jelas, misinya tidak sama dengan radio online lain kerana pewujudan Cahayafm adalah untuk dakwah. Hakikat yang harus kita fikirkan kebenarannya ; Dj2 radio online yang lain berlambak. Tanyalah mereka untuk apa mereka men’dj’ di radio online? Jawapan yang biasa didengar ; ‘suka-suka saja’. Apapun jawapan mereka, itu adalah hak mereka. Justeru, mereka rasa tidak terikat dengan siapa2 pun kerana niat ‘suka-suka’. ‘Onair’ atau tidak, ikut suka mereka. Jelas, niat itulah yang menentukan tindakan kita.

Saya ingatkan diri saya dan sahabat2 penyampai semua, jika penubuhan Cahayafm ini setakat ‘suka-suka’ tanpa niat kerana Allah, saya dan anda semua tidak akan sampai ke tahap ini. Jadi, saya yakin, para penyampai yang yakin dengan usaha ini, semuanya menyimpan niat yang satu, lillaahi ta’ala. Saya berani menyatakan bahawa apa saja sumbangan kita dalam Cahayafm tidak akan pernah sia2 kerana kita sentiasa mohon kepada Allah agar dikasihani dan mengira sumbang bakti kita sebagai amal kebajikan. Saya yakin dengan janji Allah yang tidak pernah lalai menghitung amal baik atau jahat walau sekecil zarah.

Saya bagi pihak admin akui gesaan kali ini bakal menyulitkan penyampai2 yang saya percaya masih bertungkus lumus menyelesaikan mana2 masalah teknikal yang belum selesai. Saya maklum yang anda semua juga terpaksa mengeluarkan kos sendiri dalam menyelesaikan masalah2 yang mengganggu anda ke udara tanpa bantuan dari mana2 pihak hatta Cahayafm sendiri. Namun, pihak admin percaya, para penyampai yang ada sekarang memahami keadaan ini kerana inilah antara cabaran yang perlu kita lalui dalam misi dakwah. Seawal penubuhan Cahayafm, pihak admin telahpun menyatakan bahawa Cahayafm tidak punya dana untuk menjalankan operasinya melainkan dana qudrat dan kemahuan tinggi yang Allah kurniakan.
Anggaplah setiap ringgit dan titik peluh serta buah fikiran yang kita sumbangkan dalam memartabatkan Cahayafm ini sebagai sebahagian kecil tanda syukur kita sebagai hamba Allah. Ia tidak akan pernah cukup jika dibanding limpahan nikmat yang kita terima sejak kita mula bernyawa hingga kini.


Harapan saya agar kita sama2 mempertingkatkan mutu persembahan dan penyampaian masing2 dari masa ke masa. Kita tidak mahu menjadi orang2 yang rugi. Oleh itu, wajarlah kita sesama kita saling ingat- mengingati tentang kebenaran. Sentiasalah bersikap terbuka atas mana2 teguran yang datang dari sesama kita disebabkan kelemahan diri kita semata2 untuk kebaikan bersama. Akhir sekali, kita perlu sedar meskipun Cahayafm ini hanya sebuah radio online, namun kita terikat dengan dasar pewujudan asalnya iaitu sebagai pentas dakwah. Majikan kita adalah Allah dan Rasul. Pegang dan genggam amanah ini. Jagalah niat kita setiap masa. Tujuan kita bukan sekadar berhibur tapi lebih dari itu.

Rabu, 22 September 2010


Pertandingan Mencipta Puisi Islam.
Sempena pelancaran Cahayafm, pihak pengurusan akan mengadakan Pertandingan Mencipta Puisi Islam. Puisi terbaik akan mendapat hadiah dan bakal dideklamasi di Radio Online Cahayafm sekali gus dikekalkan sebagai salah satu bahan iklan dakwah. Kepada semua pendengar, anda dialu-alukan menyertai pertandingan ini. Puisi2 bolehlah di ’inbox’ ke Cahayafm sebelum 1 Oktober 2010. Semua pendengar dialu2kan menyertai pertandingan ini.

Jumaat, 17 September 2010


PANDUAN PENYAMPAI KETIKA ‘ON AIR’

1. Baca basmalah, selawat dan ayat2 berkaitan dan mohon kepada Allah agar mesej2 yang bakal di sampaikan akan dapat dimanfaatkan oleh para pendengar. Mohon juga kepada Allah agar mendapat kekuatan menjadi penyampai di samping kita sendiri dapat emngamalkan apa yang kita sampaikan.

2. Letakkan diri kita sebagai pendakwah yang memikul tanggungjawab dan amanah Allah & Rasul.

3. Untuk memperbaiki gaya penyampaian semasa, selalulah mendengar radio komersial. Mudah2an dengan cara ini akan dapat membantu memperbaiki mutu penyampaian kita.

4. Pembuka bicara setiap kali ber ‘on air’ adalah salam dan war2kan tarikh masehi dan hijrah. Kemudian di akhir segmen tutupilah dengan kata2 “ yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan penyampai dan seyogia mohon maaf pada pendengar.

5. Elakkan mengeluarkan kata2 yang kesat terhadap pendengar di ruang udara mahupun ruangan chat

6. Setiap jam 12.00 pagi, putarkanlah lagu kebangsaan dan lagu rasmi negeri Sabah.

7. Elakkan bercakap isu2 semasa tanpa rujukan akhbar,FB,blog dan seumpamanya.

8. Berikan info sebelum keluar udara atau sessi penggantian; ‘Sila ‘refresh’ web atau blog punca Cahayafm anda selepas pertukaran penyampai ‘. Sebutkan nama penyampai jika pasti penyampai tersebut yang akan mengambil tempat sebagai penyampai seterusnya.

9. Sentiasa maklumkan pendengar tentang web/blog yang boleh diikuti pendengar untuk mendengar Cahayafm, permintaan lagu dan mana2 halaman yang berkait dengan Cahayafm.

10. Rahsiakan semua perbualan penyampai2 di ruangan skype dan di blog DJ. Jangan sekali-kali diberitahu kepada orang luar sekalipun keluarga, sahabat dan seumpamanya untuk mengelakkan salah faham .

11. Sekiranya masa bersiaran melewati waktu solat, sila siarkan azan dan maklumkan kepada pendengar tentang masuk waktu bagi solat apa dan kawasan mana.

12. Perkongsian lagu2 di kalangan penyampai adalah amat digalakkan .

13. Setiap kali menyebut nama Rasulullah, hendaklah disambung dengan Sallallahu alaihi wasallam ( SAW)

NOTA:-

a. Perkara 11 akan dikuatkuasakan selepas pelancaran Cahayafm, manakala perkara 6 bermula serta merta info ini dimaklumi para penyampai. Jika dalam simpanan para penyampai belum ada lagu Kebangsaan dan lagu Negeri Sabah, sila download atau minta daripada rakan2 penyampai lain.

b. Info ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ia hanya sebahagian daripada banyak perkara bermanfaat yang boleh kita pelajari dari masa ke masa. Panduan ini juga boleh berubah mengikut kesesuaian. Para penyampai Cahayafm dialu-alukan untuk menambah mana2 panduan yang difikirkan berguna dan boleh memberi manfaat kepada semua.

Penyampai2 yang masih bermasalah mic, mohon kerjasama buat masa ini untuk mengambil tugasan auto DJ dengan memutarkan lagu2 pilihan dan iklan yang sesuai bertujuan agar para pendengar tidak bosan dengan lagu2 auto yang sama setiap kali cahayafm ber'auto DJ'.

Pada 25 September 2010 bersamaan hari Sabtu depan, insyaAllah, Cahayafm akan dilancarkan oleh Datuk Masidi Manjun selaku ADUN Karanaan merangkap Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Semua kos makan dan minum ditanggung sepenuhnya oleh Tuan Hj. Safrin Karim, seorang usahawan berjaya di daerah Ranau. Cahayafm hanya perlu menyediakan banting/ banner Cahayafm. Justeru, kerjasama semua penyampai amat diperlukan untuk sama2 hadir pada waktu itu ( wajib bagi mereka yang tidak berkerja. Manakala yang masih belajar dikecualikan )

Selepas pelancaran, jadual bersiaran beserta segmen para penyampai akan dipamerkan untuk makluman pendengar. Mesyuarat/ perbincangan maya juga akan diadakan pada malam2 Sabtu/Ahad. Notis / makluman berkaitan mesyuarat dan perbincangan akan dipaparkan melalui skype dan blog Cahayafm.

semua penyampai yang ada masalah mic mohon diatasi perkara ini sebaik mungkin dan segera. Jika ada masalah SAM , sila hubungi penerbit atau penyampai2 lain dengan segera untuk mendapatkan bantuan.

Bermula Syawal ini Cahayafm akan memutarkan bacaan al – Quraan bermula jam 6.00 petang – 8.00 malam setiap hari, Oleh itu, penyampai2 yang mempunyai masa lapang pada waktu2 ini hendaklah mengambil tugasan auto penyampai untuk menyiarkan bacaan al – Quraan

Ahad, 5 September 2010

Makluman


Kepada semua penyampai Cahayafm, memandangkan pendengar semakin hari semakin bertambah dan sudah ada pendengar setia yang menjadikan Cahayafm sebagai sumber info mereka, maka sampai waktunya kita memikirkan yang terbaik untuk mereka sejajar matlamat kelahiran Cahayafm sebagai medan info, ilmu dan hiburan. Justeru, semua penyampai wajar memikirkan segmen masing2 berserta masa bersiaran; siang atau malam.

Jika masa awal kemunculan Cahayafm kita meminta pendengar agar turut memikirkan hasrat Cahayafm untuk menjadi medan info dunia Islam, sekali gus mencabar Cahayafm agar merealisasikan hasrat ini, maka tiba saatnya kita berbuat ke arah itu. Jika tidak, sudah pasti kemunculan Cahayafm ini, tidak lebih dari hiburan semata.

Hantarlah segera segmen yang dicadangkan beserta hari dan masa ke udara untuk dipaparkan kepada para pendengar sebelum Syawal. Bermula hari ini, semua penyampai perlu menggunakan muzik latar lagu Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda syukur kita diberi kesempatan menjalankan ibadah puasa tahun ini dan tiba saat kita sama2 bersyukur dan bergembira dengan ketibaan 1 Syawal.

Setiap kali melayar internet, sebaiknya para penyampai membuka skype masing2 agar penyampai2 lain maklum dengan kehadiran kita sekali gus dapat saling membantu sekiranya rakan penyampai lain mengalami kesulitan teknikal dalam mengendalikan SAM Cahayafm. Secara rasmi bermula hari ini, Cahayafm melantik penyampai Nurhayati Musa sebagai Ketua Penyampai Cahayafm. Beliau bertanggungjawab memutuskan apa2 perkara berkaitan jadual penyampai termasuk penggantian dan seumpamanya. Manakala penyampai Fadzli pula dilantik rasmi sebagai Designer Cahayafm. Semua rekabentuk gambar rasmi Cahayafm adalah di bawah tanggungjawab beliau. Tugasan2 lain, insyaAllah akan kita wujudkan selepas ini untuk memantapkan Cahayafm di persada maya .

Semua penyampai lain secara rasmi menjadi promoter Cahayafm di kalangan rakan2 FB dan bloggers. Semoga gandingan tangan2 kita dalam memacu Cahayafm di alam maya bakal mendapat balasan setimpal di sisi Allah. Ingatlah, mahu atau tidak, kini kita adalah pendakwah maya. Justeru, marilah kita warnai dunia maya melalui bidang penyiaran ini dengan sebaik-baik dan secantik-cantik warna.

Akhir sekali, semua penyampai Cahayafm adalah pemilik Cahayafm. Ia bukan milik mutlak saya ataupun sesiapa. Bangun dan jatuh Cahayafm terletak di bahu kita bersama. Mari kita julang nama Cahayafm di persada dunia tanpa sempadan. Seperkara yang sentiasa saya tegaskan adalah kejujuran kita semua dalam memegang kata laluan / password Cahayafm. Ia adalah rahsia dan tidak sewenang-wenangnya diberi kepada sesiapapun sekalipun ahli keluarga sendiri demi keselamatan sistem radio Cahayafm.

Akhir sekali, apa juga yang tercatat di ruangan skype Cahayafm termasuk teguran, senda gurau atau seumpamanya, anggaplah ia sebagai jambatan keakraban persaudaraan berteraskan Islam. Oleh itu, usah ada antara kita yang ‘ambil hati’ .

Wassalam.