Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Ahad, 5 September 2010

Makluman


Kepada semua penyampai Cahayafm, memandangkan pendengar semakin hari semakin bertambah dan sudah ada pendengar setia yang menjadikan Cahayafm sebagai sumber info mereka, maka sampai waktunya kita memikirkan yang terbaik untuk mereka sejajar matlamat kelahiran Cahayafm sebagai medan info, ilmu dan hiburan. Justeru, semua penyampai wajar memikirkan segmen masing2 berserta masa bersiaran; siang atau malam.

Jika masa awal kemunculan Cahayafm kita meminta pendengar agar turut memikirkan hasrat Cahayafm untuk menjadi medan info dunia Islam, sekali gus mencabar Cahayafm agar merealisasikan hasrat ini, maka tiba saatnya kita berbuat ke arah itu. Jika tidak, sudah pasti kemunculan Cahayafm ini, tidak lebih dari hiburan semata.

Hantarlah segera segmen yang dicadangkan beserta hari dan masa ke udara untuk dipaparkan kepada para pendengar sebelum Syawal. Bermula hari ini, semua penyampai perlu menggunakan muzik latar lagu Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda syukur kita diberi kesempatan menjalankan ibadah puasa tahun ini dan tiba saat kita sama2 bersyukur dan bergembira dengan ketibaan 1 Syawal.

Setiap kali melayar internet, sebaiknya para penyampai membuka skype masing2 agar penyampai2 lain maklum dengan kehadiran kita sekali gus dapat saling membantu sekiranya rakan penyampai lain mengalami kesulitan teknikal dalam mengendalikan SAM Cahayafm. Secara rasmi bermula hari ini, Cahayafm melantik penyampai Nurhayati Musa sebagai Ketua Penyampai Cahayafm. Beliau bertanggungjawab memutuskan apa2 perkara berkaitan jadual penyampai termasuk penggantian dan seumpamanya. Manakala penyampai Fadzli pula dilantik rasmi sebagai Designer Cahayafm. Semua rekabentuk gambar rasmi Cahayafm adalah di bawah tanggungjawab beliau. Tugasan2 lain, insyaAllah akan kita wujudkan selepas ini untuk memantapkan Cahayafm di persada maya .

Semua penyampai lain secara rasmi menjadi promoter Cahayafm di kalangan rakan2 FB dan bloggers. Semoga gandingan tangan2 kita dalam memacu Cahayafm di alam maya bakal mendapat balasan setimpal di sisi Allah. Ingatlah, mahu atau tidak, kini kita adalah pendakwah maya. Justeru, marilah kita warnai dunia maya melalui bidang penyiaran ini dengan sebaik-baik dan secantik-cantik warna.

Akhir sekali, semua penyampai Cahayafm adalah pemilik Cahayafm. Ia bukan milik mutlak saya ataupun sesiapa. Bangun dan jatuh Cahayafm terletak di bahu kita bersama. Mari kita julang nama Cahayafm di persada dunia tanpa sempadan. Seperkara yang sentiasa saya tegaskan adalah kejujuran kita semua dalam memegang kata laluan / password Cahayafm. Ia adalah rahsia dan tidak sewenang-wenangnya diberi kepada sesiapapun sekalipun ahli keluarga sendiri demi keselamatan sistem radio Cahayafm.

Akhir sekali, apa juga yang tercatat di ruangan skype Cahayafm termasuk teguran, senda gurau atau seumpamanya, anggaplah ia sebagai jambatan keakraban persaudaraan berteraskan Islam. Oleh itu, usah ada antara kita yang ‘ambil hati’ .

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan