Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Selasa, 28 September 2010

Datuk Masidi Manjun & Tuan Hj. Saprin Karim

Mari kita panjatkan kesyukuran kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW kerana disebabkan kasih sayang dan rahmatNya kita mendapat iman dan Islam. Jika dibanding manusia di luar sana masih banyak yang belum mendapat nikmat iman dan Islam.

Sedar atau, kita antara yang amat beruntung dalam dunia maya kerana terpilih membuat sumbangan pada dunia Islam. Dengan sumbangan ini, insyaAllah mudah-mudahan kita bakal mendapat ganjaran dari Allah. InsyaAllah juga kita terpilih menjadi manusia yang dipandang mata dunia sebagai pencetus sebuah radio online islamik bernama Cahayafm. Amat wajarlah jika kita berterima kasih dan bersyukur atas kepercayaan yang diberikan Cahayafm kepada kita sebagai pengendaliny meski kita tidak dibayar dengan gaji apa lagi dianugerahi pingat kebesaran. Seperkara yang wajar kita renung2kan adalah tentang nama baik Cahayafm yang harus dipertahankan. Barangkali, kita tidak membongkar nama Cahayafm dalam internet lalu kita tidak berasa bersungguh-sungguh untuk melihat siapa diri kita sebenarnya. Justeru, seringkali sikap lupa, lalai dan tidak prihatin menyebabkan kita tersalahletak posisi kita di kalangan umum atau sesama kita. Lantaran itu, TERKADANG kita lupa mengamalkan sikap berterima kasih dan menghormati . Gelaran untuk seseorang misalnya, tidak diangkat sewajarnya. Kita lupa menggunakan gelaran2 yang baik yang bukan bertujuan menyanjung tetapi lebih kepada menghargai dan menghormati para pendengar kita. Seyogialah jika diketahui latar belakang seseorang pendengar, gelaran2 seperti, kakak, abang, adik, pakcik, makcik hatta apa saja gelaran yang melambangkan kesopanan dan ketatasusilaan kita digunakan sebagai mengiring nama mereka. Harus kita ingat, kerana mengabaikan perkara2 kecil seperti ini, ada di kalangan pemerhati melihat kita tidak bersikap sopan . Justeru, kita kita semua berhati2lah dalam hal ini.


Kita semua maklum tentang apa yang kita bawa di Cahayafm. Ia adalah wadah Islam. Mahu atau tidak, segenap sudut Cahayafm pasti akan dilihat dan dinilai oleh manusia2 pelbagai ragam, sikap, pemikiran, kedudukan, jawatan dan sebagainya semata-mata mahu mengukur kita. Barangkali keterampilan islamik menyebabkan dalam usia 6 bulan, kita melihat banyak pihak telah memberi sokongan pada Cahayafm dengan meletakkan ‘coding’ Cahayafm dalam blog2 mereka, menyalin pelbagai artikel Cahayafm, menyimpan logo, memuji, menyanjung, berdoa, mengharap, sayang dan pelbagai lontaran bahasa yang boleh kita temui yang semuanya berkait dengan Cahayafm. Ketika mereka membicarakan tentang Cahayafm sudah pasti kita sebagai penyampai2lah yang akan menerima pujian dan sanjungan mereka itu sebenarnya. Nama2 kita menjadi harum di dunia Cahayafm meskipun kita tidak mahu itu semua. Jadi, kalau haruman dunia yang kita kejar, bukankah kita beruntung kerana memperolehnya? Inilah dunia, igauan kebanyakan manusia yang mahu nama2 mereka dikenali. Meskipun tujuan dan niat orang2 seperti ini kita tidak tahu namun inilah hakikatnya.

Oleh itu, mari kita ingatkan diri kita berkali-kali agar tidak lupa dan tidak akan pernah lupa tujuan asal kita menyertai Cahayafm iaitu berjuang mendaulatkan keagungan nama Islam. Biarlah banyak kali kita ingat-mengingatkan sesama kita, agar kita tidak lupa diri atau hanyut saat nama kita dijulang oleh orang2 di luar sana. Bagi kita yang masih kekurangan ilmu penyampaian, kita harus terus belajar sesama kita. Antara yang boleh kita jadikan guru adalah Nurhayati, Miftah, Farah, Ky, Haqem ( hanya sekadar menyebut nama ). Pun begitu, secara keseluruhannya semua kita walaupun telah melepasi tahap ukuran masih harus memperdalamkan ilmu agar suatu masa kelak, kemampuan itu bisa menarik lebih ramai pendengar. Jika tidak keterlaluan, cabarlah diri kita agar suatu waktu kita bisa kita mengislamkan pendengar2 yang bukan Islam. Mudah2an kita bakal mendapat ganjaran dan pingat yang paling mahal berbanding perkara2 lain di sisi Allah.

Akhir sekali, jangan mabukkan diri kita atas apa juga bahasa2 sanjungan dan pujian yang kita terima tapi mari kita mabukkan jiwa, fikiran zahir dan batin kita kepada Allah.

Ingatan buat diri kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan