Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Khamis, 23 September 2010


Alhamdulillah, peningkatan pendengar Cahayafm setiap hari dari pelbagai negeri malah merentasi sempadan negara ini menunjukkan bahawa Cahayafm semakin diterima bahkan digemari para pendengar termasuk kumpulan2 nasyid, badan2 NGO, orang perseorangan malah deejay dari radio IKIMFM juga sudah turut mengikuti siaran2 semasa Cahayafm.

Untuk makluman bersama, selepas sahaja pelancaran Cahayafm pada 25hb Sept 2010 ini, semua penyampai perlu menyegerakan cadangan segmen masing2 beserta waktu bersiaran untuk paparan umum/pendengar. Segmen khas setiap penyampai perlu dikeudarakan sekurang2nya seminggu sekali. Setakat ini, hanya penyampai Nurhayati Musa yang telah menetapkan segmennya iaitu Segmen Ilmu Itu Cahaya bersiaran setiap Jumaat. Jadual seminggu sekali untuk segmen wajib adalah satu cara Cahayafm menarik lebih ramai pendengar di samping mempelbagaikan lagi corak penyampaian dan info2 bermanfaat di Cahayafm. Selain itu, inilah cara terbaik agar setiap penyampai yang sudah memiliki set SAM ke udara sekurang2nya sekali seminggu dalam segmen wajib masing2. Para penyampai yang bersiaran beberapa kali selain segmen wajib seminggu sekali amat dialu2kan dan diucapkan syabas.

Masalah ‘mic’ yang dihadapi beberapa penyampai perlulah diatasi segera. Pihak admin terpaksa menyatakan kebenaran bahawa tiada maknanya Cahayafm mempunyai ramai penyampai jika sebahagiannya bersikap kurang berusaha mengatasi masalah yang timbul sekali gus tidak ke udara dalam tempoh yang agak lama. Sebagai satu pasukan, kita perlu memahami bahawa, setiap kita masing2 menggalas tanggungjawab memartabatkan Islam. Cahayafm adalah ‘platform’ kita yang harus dijaga dengan baik. Pihak admin mohon maaf jika pernyataan ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan penyampai namun, percayalah, dengan rasa rendah diri niat ini dinyatakan semata2 mahu mengajak para penyampai menyelami misi dakwah Cahayafm. Jelas, misinya tidak sama dengan radio online lain kerana pewujudan Cahayafm adalah untuk dakwah. Hakikat yang harus kita fikirkan kebenarannya ; Dj2 radio online yang lain berlambak. Tanyalah mereka untuk apa mereka men’dj’ di radio online? Jawapan yang biasa didengar ; ‘suka-suka saja’. Apapun jawapan mereka, itu adalah hak mereka. Justeru, mereka rasa tidak terikat dengan siapa2 pun kerana niat ‘suka-suka’. ‘Onair’ atau tidak, ikut suka mereka. Jelas, niat itulah yang menentukan tindakan kita.

Saya ingatkan diri saya dan sahabat2 penyampai semua, jika penubuhan Cahayafm ini setakat ‘suka-suka’ tanpa niat kerana Allah, saya dan anda semua tidak akan sampai ke tahap ini. Jadi, saya yakin, para penyampai yang yakin dengan usaha ini, semuanya menyimpan niat yang satu, lillaahi ta’ala. Saya berani menyatakan bahawa apa saja sumbangan kita dalam Cahayafm tidak akan pernah sia2 kerana kita sentiasa mohon kepada Allah agar dikasihani dan mengira sumbang bakti kita sebagai amal kebajikan. Saya yakin dengan janji Allah yang tidak pernah lalai menghitung amal baik atau jahat walau sekecil zarah.

Saya bagi pihak admin akui gesaan kali ini bakal menyulitkan penyampai2 yang saya percaya masih bertungkus lumus menyelesaikan mana2 masalah teknikal yang belum selesai. Saya maklum yang anda semua juga terpaksa mengeluarkan kos sendiri dalam menyelesaikan masalah2 yang mengganggu anda ke udara tanpa bantuan dari mana2 pihak hatta Cahayafm sendiri. Namun, pihak admin percaya, para penyampai yang ada sekarang memahami keadaan ini kerana inilah antara cabaran yang perlu kita lalui dalam misi dakwah. Seawal penubuhan Cahayafm, pihak admin telahpun menyatakan bahawa Cahayafm tidak punya dana untuk menjalankan operasinya melainkan dana qudrat dan kemahuan tinggi yang Allah kurniakan.
Anggaplah setiap ringgit dan titik peluh serta buah fikiran yang kita sumbangkan dalam memartabatkan Cahayafm ini sebagai sebahagian kecil tanda syukur kita sebagai hamba Allah. Ia tidak akan pernah cukup jika dibanding limpahan nikmat yang kita terima sejak kita mula bernyawa hingga kini.


Harapan saya agar kita sama2 mempertingkatkan mutu persembahan dan penyampaian masing2 dari masa ke masa. Kita tidak mahu menjadi orang2 yang rugi. Oleh itu, wajarlah kita sesama kita saling ingat- mengingati tentang kebenaran. Sentiasalah bersikap terbuka atas mana2 teguran yang datang dari sesama kita disebabkan kelemahan diri kita semata2 untuk kebaikan bersama. Akhir sekali, kita perlu sedar meskipun Cahayafm ini hanya sebuah radio online, namun kita terikat dengan dasar pewujudan asalnya iaitu sebagai pentas dakwah. Majikan kita adalah Allah dan Rasul. Pegang dan genggam amanah ini. Jagalah niat kita setiap masa. Tujuan kita bukan sekadar berhibur tapi lebih dari itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan