Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Jumaat, 24 Jun 2011

Assalamualaikum


Kepada semua deejay yang dikasihi, sama2 kita ingat-mengingatkan agar sentiasa ditetapkan niat dan hati dalam menelusuri perjuangan Islam. Sungguh taraf kita jauh dari taraf para rasul dan para solihin namun kita mohon dan selalu berharap agar perjalanan dakwah kita sentiasa konsisten sebagaimana perjalanan dakwah yang ditempuhi para rasul, sahabat2, dan kelompok2 daie juga individu2 yang istiqomah dalam perjuangan mereka. Tidak dinafikan bahawa kita telah dan sedang menyumbang ke arah ini, apalagi ada antara kita menjawat jawatan ustaz, ustazah, imam, bilal serta pegawai kerajaan yang rutin hidup sehariannya hampir dengan masyarakat Islam setempat. Masing2 dengan etika jawatan tersendiri yang digarispandukan oleh majikan semata-mata melihat kebaikan kepada masyarakat.


Kembali kepada Cahayafm yang bangunnya serba kekurangan dalam semua perkara namun punya etika melebihi segala etika yang ada justeru kelahirannya atas niat dan nama Islam. Saya tidak bosan mengulangi bahawa Keterlibatan saya dalam radio online bermula di Utarafm dengan segmen DUNIA NASYID ANDA. Di peringkat awal keterlibatan saya dengan dunia ini, saya benar2 diuji ‘onair’ di depan beberapa orang rakan di sebuah restoran di Kota Marudu. Banyak yang saya dapat hasil orientasi ini namun, lanjutannya boleh ditanyakan kepada Rumputt sebagai otai Utarafm juga sebagai pengasas Cahayafm . Rumputt yang juga guru saya cukup tahu tentang lemparan kutukan, boikot dan pemecatan dari kelompok2 yang geram dan sebagainya kepada saya. Namun, semua ini tidak sedikitpun mematahkan semangat juang saya untuk membawa Islam ke dunia maya.


Barangkali kelantangan saya dalam blog Suara Mualaf Sabah telah meyakinkan beliau bahawa Cahayafm yang dilahirkan isterinya dan dibidani sendiri oleh Rumputt dapat saya dewasakan dengan tangan saya. Sungguh, urusan kelahiran Cahayafm punya sejarah tersembunyi nan tersemat di hati mereka suami isteri yang hingga kini hanya Allah dan mereka saja yang tahu. Pada dasarnya Rumputt beralasan Segmen Dunia Nasyid punya peminat dan antaranya isteri beliau sendiri. Bahkan kata Rumputt, jika segmen ini tidak ke udara isteri beliau akan tercari-cari ke mana menghilangnya saya ketika jadual waktu siaran saya di Utarafm. Saya dikeliilingi pelbagai kisah dan peristiwa sebenarnya sewaktu mengemudi Segmen Dunia Nasyid Anda di Utarafm . InsyaAllah, suatu ketika kalau berkesempatan, bakal saya ceritakan pula cebisan2 kisah itu. Namun, andai waktunya datang dan menggamit kita untuk meninggalkan wadah perjuangan Cahayafm ini, barangkali ada baiknya jika berjumpa dulu dengan mereka ( Rumputt dan isterinya ), agar kisah ini benar2 dapat kita jiwai dan agar kita tahu betapa perjuangan memerlukan hati2 yang cekal dan kental. Kelahiran Cahayafm berikutan kisah2 sedih, pahit dan luka saya di Utarafm. Tekanan yang saya terima dari mereka yang bukanlah orang jauh bahkan terdiri dari rakan2 saya malah sebahagiannya adalah keluarga terdekat saya yang bukan beragama Islam mematangkan saya dalam beberapa perkara. Kerana itu, saya tidak pernah menganggap mereka sebagai musuh malah mereka tetap saya anggap antara pembina semangat saya.


Saya sangat berterima kasih pada keluarga Rumputt yang sangat memahami jiwa saya dalam dunia dakwah. Kini Cahayafm secara umumnya bukan sahaja berdiri setanding dengan radio online lain yang lahir di Sabah, malah ia juga sebaris dengan radio online di semenanjung. Tulislah ‘cahayafm.net’ dalam enjin pencari pasti kita temui pelbagai tulisan dan link maya yang dibuat oleh rakan2 seIslam kita dan kita sebagai deejay sudah pasti terharu dan bersyukur dengan keadaan ini. Walau bagaimanapun, dalam beberapa sisi lain, kita patut malu dengan pujian serta sokongan berupa gula2 kerana ia bukanlah ganjaran setimpal untuk mutu sebenar siaran kita, segmen kita, jadual ke udara kita dan pos2 utama kita di Cahayafm. Secara peribadi , saya terpaksa nyatakan yang ia bukan sahaja kurang tetapi kita masi h berada di zon santai atau barangkali boleh diumpamakan sebagai hanya melepaskan batuk di tangga. Justeru kealpaan kita yang tidak melihat Cahayafm sebagai pentas dakwah dan tempat untuk menyatakan kebenaran Islam di dunia tanpa sempadan ini.


Mari kita sama2 lihat apa yang telah kita buat bersama. Bermula segmen, cara penyampaian, olahan bahasa hatta seluruh kemampuan kita dalam menarik pendengar bersama-sama Cahayafm. Kemudian, kita ukurlah sendiri di mana kekuatan kita dalam merealisasikan matlamat Cahayafm. Ada antara kita yang barangkali tidak bersetuju dan menolak perkiraan yang saya utarakan ini kerana faktor2 ilmu atau sebagainya. Namun, selepas ini saya merayu kepada semua agar dapat mengutarakan idea terbaik untuk kita cambahkan menjadi satu landasan agar dapat kita gunapakai dalam dakwah maya menerusi lidah Cahayafm. Setakat ini hanya ada beberapa orang yang mampu menarik pendengar dalam satu2 waktu bersiaran berdasarkan jumlah pendengar dalam shoutcase. Sungguhpun, ini bukanlah ukuran sebenarnya kerana jumlah ini tidak menentu. Apa yang kita mahu sebenarnya adalah onair secara konsisten. Kita akui sebelum ini DIN dan AZIZI antara yang berkemampuan dalam beberapa perkara selain konsisten dala penyampaian. Namun, mereka tumbang dalam dunia lonjakan keinginan dan kemahuan serta perasaan. Akhirnya Cahayafm kehilangan mereka. Kedua-dua mereka kini membina wadah perjuangan tersendiri di luar dari lingkungan Cahayafm.


Mahu atau tidak, kita terpaksa menyatakan perkara berikut dalam dunia maya; Kedua-dua mereka kini adalah saingan Cahayafm dalam menarik pendengar. Mereka juga adalah pesaing radio2 online yang lain. Bagi saya, tidak mustahil mereka juga meletakkan perkara ini sebagai kekuatan perbandingan semasa. Walaupun dengan niat kerana Allah, kita sedar kedua-dua mereka bermula di Cahayafm yang telah kita bekalkan di awal penglibatan mereka dengan set SAM serta cara2 pengendaliannya. Hakikatnya, ilmu dan pengalaman mereka bermula di Cahayafm. Perkara ini jelas bagi kita dan mereka. Jika diperhalusi dari sudut menuntut ilmu sekalipun, kita lihat berlaku pelanggaran adab dan etika. Saya tidak suka menggunakan perkataan ‘belot’ kerana apapun tindakan mereka, saya masih menganggap mereka sebagai saudara seislam dan perkataan ‘belot’ kurang manis dikaitkan dengan hubungan persaudaraan. Saya hanya terkilan dengan tindakan mereka bermufaraqah dengan Cahayafm tanpa permisi atau sekurang2nya menyatakan hajat dan tujuan mereka bermufaraqah dari jamaah. Apa yang jelas, mereka melanggar perkara2 yang sepatutnya dijaga. Maka, kita mengambil sikap sebagaimana yang kita lakukan sebelum ini. Sebagai manusia biasa, sudah tentu bekas luka dan jahitan yang dihiris tidak hilang begitu saja. Setidak-tidaknya bekas tertinggal ini akan menjadi kenangan kedua pihak. Pada akhirnya ,ia jelas merugikan Islam malah menjadi penghalang perjalanan perjuangan . Andaikata mereka faham erti jamaah dan perjuangan, apalah kiranya mereka gunakan segala ruang yang selama ini dibuka seluas2nya untuk berbuat kebaikan. Bukan sekali malah berkali-kali saya katakan “guna, guna dan gunalah segenap ruang Cahayafm untuk kepentingan Islam”.


Kini, AZIZI tampil dengan lagu2 pelbagai bertemakan HIBURAN TANPA HAD. Bagi saya, ini sedikit sebanyak menjawab persoalan tentang apa sebenarnya yang diperjuangkannya. DIN masih kekal dengan konsep yang kita perjuangkan di Cahayafm. Wahai, kedua-dua mereka kalau disatukan sudah tentu memberi keuntungan pada perjuangan. Tetapi, inilah ujian sebenarnya bagi mereka dan kita di Cahayafm. Bukankah manusia itu selalu diuji? Dalam ruang terkekang ini tidak mungkin dapat saya ungkaikan A to Z apa yang mahu saya perkatakan. Jika berkesempatan, perkara ini akan saya perkatakan dalam skype agar tidak timbul andaian2 menyimpang dan kurang baik. Andai mereka melihat perjuangan Islam itu dahagakan perpaduan, pasti pendengar mereka kini bukan hanya setakat 2,3 orang atau lebih sedikit 10 orang berbanding pendengar mereka di Cahayafm sebelum ini melebihi 40 orang. Ternyata kekuatan itu bukan terletak pada peribadi semata-mata tetapi letaknya pada kekuatan jamaah.


Akhir sekali, mari kita sama2 luruskan kembali niat kita berada dalam wadah Cahayafm. Jika hanya sekadar berhibur dan berseronok-seronok maka sekali lagi niat kita tersasar dan cepat-cepatlah memperbaharuinya. Kita niatkan hanya kerana Allah semata-mata. Kepada yang tidak aktif ke udara saya mohon aktifkanlah diri anda semula paling tidak 1 minggu 1 kali. Bawalah apa2 segmen yang sesuai. Kepada yang berkemampuan baca kitab, anda sangat2 dialu-alukan membaca kitab. Mana2 yang boleh mengajar iqra’ buatlah secara online. Lakukanlah apa juga usaha mengikut kemahiran anda demi Islam. Semua nama2 deejay bermula awal dan akhir, keberadaan mereka telah ditulis Cahayafm dalam mana2 kenyataan akhbar. Begitu juga dalam mana2 pertemuan yang diadakan. Jangan sampai suatu waktu nanti apabila kita ditanya generasi kita tentang kematian atau kejayaan Cahayafm berlaku pembohongan dalam sejarahnya. Kita tidak mahu memutar-belit, menokok-tambah atau mengurangi fakta. Kita juga tidak mahu bila tiba waktu mereka mencari jawapan, hanya sebuah isyarat BISU yang mereka temui sedang kita masih wujud sewaktu perjalanan sejarah itu tercipta.


Percayalah, apapun keadaannya selepas ini, sejarah akan mencatat apa yang kita buat terhadap dunia dakwah maya. Kitalah antara pencetusnya melalui Cahayaf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan