Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Jumaat, 24 Jun 2011

Sebelum


Perbedaan fahaman politik, warna kulit, wilayah, bahasa dan fikiran tidak harus dijadikan alasan atau kekangan tidak bekerja untuk Islam. Mahu atau tidak nama-nama kita seramai 21 orang ini bakal ditanyai Allah tentang apa yang telah kita buat dalam pentas dakwah ; di Cahayafm atau di luar. Apapun alasan kita, sebenarnya kita telah terjebak dalam dunia maya dan bergelar deejay. Baik, sopan, lunak dan indah bahasa yang kita sampaikan, maka begitu jugalah nilainya pada Cahayafm. Namun, terpulang pada Allah menilai dan mengganjari kita dengan apapun kerana Dialah Maha Hakim.

Barangkali ini adalah ingatan untuk saya dan kita semua buat kali terakhir sebelum kita melangkah ke tahun kedua Cahayafm pada 25 September 2011 iaitu hari genap setahun usia Cahayafm dilancarkan. Selepas ini, tiada lagi pos untuk ingatan, yang ada kita sama-sama menanti tarikh 25 September yang sudah pasti kita semua impikan wajah barunya bakal muncul.

Sebelum kita mencapai usia 1 tahun Cahayafm, secara terbuka dan jujur mari kita tanyakan diri masing-masing, apakah kita masih sayang dengan Cahayafm? Masih mahukah kita memperjuangkan matlamat Cahayafm? Apakah kita masih mahu menjadi keluarga Cahayafm? Apakah kita masih lagi mahu menjadi deejay Cahayafm? Terakhir, apakah kita masih mahu berjuang bersama Cahayafm?

Jawablah secara ikhlas tanpa rasa terganggu, terpaksa, kasihan, simpati dan sebagainya atas kesempurnaan akal dan hati makhluk bernama manusia. Pada saya, secara peribadi, pastilah sambutan tahun pertama Cahayafm ini bakal menjadi penentu pusingan pertama sebelum berlangsung pusingan-pusingan seterusnya.

Ajakan terakhir dari saya, marilah sama-sama kita lontarkan apa sahaja hukuman kita pada Cahayafm yang selama ini merampas masa rehat, ketenangan, masa dan wang ringgit kita beserta rasa geram atau dendam ( jika ada ). Sila terajang habis-habisan Cahayafm yang barangkali menyusahkan dan mencabar kudrat seorang manusia, atau secara jujur katakan saja “aku tidak lagi mahu bersama Cahayafm”

Sila bagi respon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan