Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Jumaat, 24 Jun 2011

Kalau Ingat

Kalau kita masih ingat pos2 lama saya tentang Cahayafm, sudah pasti saya tidak perlu lagi menulis dan mengulang-ulangi ingatan2 lalu. Namun kita sama2 akur bahawa kita adalah manusia yang tidak mempunyai kesempurnaan dan sering alpa justeru kita semua wajar saling ingat-mengingatkan sesama kita tanpa menanti masa dan waktu kerana inilah tuntutan Islam. Kesempurnaan hanya ada pada Allah dan kemuliaan hanya ada pada rasul.

Namun, tidaklah juga bersalahan jika kita ulangi perkara yang telah kita tahu dan fahaminya agar kita selalu hampir kepada kebaikan. Saya bukanlah yang baik, apa lagi terbaik di antara kita tetapi saya punya pengalaman yang saya mahu perturunkan. Barangkali hari ini apa yang saya katakan ini tidak bermakna namun, masa2 akan datang ia pasti berharga.

Sebelum ini, semua pengalaman dan pemikiran saya telah saya curahkan ke Utarafm; radio online pertama di Malaysia yang dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia; Pak Lah, di samping sokongan rakan2 Utarafm. Sehingga kini, Utarafm semakin naik dan itu adalah hasil jaringan2 yang saya buat. Anda semua boleh bertanya Rumputt sebagai pengemudi Utarafm tentang kebenaran perkara ini. Saya ceritakan ini kerana saya mahu melihat Cahayafm ini lebih dari semua segi berbanding semua radio2 online di Sabah kerana Cahayafm membawa nama Islam.

Pada saya, bila kita melihat Islam sebagai matlamat, secara langsung kita tidak akan melihat sebesar mana dan sejauh apa keterlibatan kita dalam perjuangan. Namun, kalau kita masih melihat perkara2 ini, sekali gus juga darjat, pangkat dan kemuliaan atau apa juga yang berbentuk keAKUan akan memerangkap diri kita. Setelah itu, pastilah kita bakal menempah kehancuran dan kekecewaan dalam apa juga yang kita lakukan.

Pun sebagai manusia biasa, kepedihan, kesedihan dan kekecewaan yang bertandang ke hati dan fikiran tetap kita rasai kerana kita punya hati dan perasaan. Sebelum ini, saya telah mengongsikan pengalaman saya dalam bidang ini agar ilmu ini sama2 kita gunakan atau ubahsuainya di kala perlu. Antaranya, saya dikatakan berceramah, bukan mendeejay bahkan dimaki hamun secara langsung di skrin chat . Pembacanya ketika itu bukan seorang dua malah puluhan orang. Makian bukan saja pada saya bahkan langsung kepada keturunan. Inilah antara yang bakal kita temui dalam memperkatakan Islam. Jelas, di luar sana mereka sibuk mencari jalan menghancurkan Islam justeru mereka akan sentiasa mengintai2 kelemahan orang Islam untuk dijadikan senjata mereka. Jadi, untuk apa kita memberi fokus pada benda2 kecil dan remeh sekalian melonggarkan tali2 ukhuwah sesama kita?

Secara peribadi, saya mendengar dan melihat dj2 Cahayafm semuanya hebat2, berkemampuan, berilmu dan memiliki pelbagai kelebihan yang tidak ada pada saya. Namun, setakat ini semua kekuatan dan kelebihan itu masih belum tersusun dan dipergunakan secara bersistem untuk kita tumbangkan lawan kita iaitu mereka yang memusuhi Islam. Jika tidak ditumbangkan sekalipun, memadailah jika kita terus berada di maya ini untuk tidak bosan bercakap tentang Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan