Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Jumaat, 24 Jun 2011

CAHAYAFM BERSINAR DI BERLIN GERMAN



Tahun 2011 bukan hanya bakal menyaksikan ulang tahun pertama kelahiran Cahayafm berada di atas talian pendengar seluruh dunia bahkan, tahun ini juga menjadikan detik sejarahnya disifatkan sebagai kejayaan besar dunia maya Islam negeri Sabah apabila muncul deejay2 bertenaga dari serata Sabah dan luar negara berganding bahu mengaktifkan siaran Cahayafm. Terkini, Deejay Najeebah dari Berlin, German menyertai Cahayafm.

Menurut penerbitnya Nazri Abdullah atau lebih dikenali Aldusuni, kekangan yang dihadapi dalam mengemudi Cahayafm, siaran berunsur dakwah maya menerusi talian ini bukanlah pematah semangat juang. Beliau yang ditemui baru-baru ini dalam program rakaman bersama KKFM di 91.1khz, Bukan Sekadar Muzikjuga merupakan Timbalan Pengerusi Konsortium Radio Online Sabah ( KROS ) dan Penulis Blog Suara Mualaf Sabah. Dalam kenyataannya, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memberi peluang kepada radio-radio online di Malaysia khususnya Sabah untuk membuat liputan program-program anjuran kerajaan, swasta dan badan2 NGO sesuai dengan konsep radio online masing-masing. Kata beliau lagi, walaupun hanya berbekalkan laptop, talian dan mic ketika bersiaran, peranannya tidak harus dilihat kecil . Malah, kelebihan radio online terserlah kerana siarannya merentasi sempadan dunia dan jika diberi tempat serta sokongan sewajarnya, sudah pasti segala informasi dalam dan luar negara dapat didengar oleh sesiapa sahaja yang melayari internet sekali gus bakal memberi keuntungan kepada negara.

Tambah beliau, Cahayafm yang turut dikenali sebagai radio online islamik pertama di Sabah, baru-baru ini telah mengambil langkah derastik dalam siarannya dengan menyahaktifkan lagu-lagu dan iklan-iklan dalam sistem auto serta digantikan dengan bacaan al-Quraan. Pendengar kini boleh mengikuti bacaan Quraan dengan tafsir Bahasa Melayu sepanjang ketiadaan deejay. Perubahan dalam siaran auto ini dibuat selepas mengambil kira keperluan umat Islam terhadap tafsir Quraan yang masih ramai kurang memahami bacaan Quran dalam Bahasa Arab itu sendiri. Diharapkan dengan adanya siaran ini, bacaan Quraan sedikit sebanyak mampu difahami dan dihayati oleh para pendengar. Bagaimanapun, segmen hiburan mendidik jiwa masih terus kekal bersama deejay2 setiap kali mereka ke udara. Begitu juga segmen permintaan lagu pilihan pendengar. Justeru mengambil kira kepelbagaian latar pendengar, Cahayafm turut mengadakan satu segmen iaitu Zon Bebas Fikir yang dikendalikan sendiri penerbitnya , Nazri. Segmen ini memutarkan pelbagai genre lagu berunsur ketuhanan, nasihat, lagu-lagu rakyat malah lagu-lagu pop yang sesuai serta tidak keterlaluan untuk pendengar yang inginkan genre muzik seperti itu. Segmen ini disisipi info-info berita semasa bersumberkan petikan akhbar beserta ulasan.

Antara deejay-deejay Cahayafm terkini; Nurhayati Musa, Jalifah Azlizah Azlan, Pilie PSG, Mohd Khamis, Fredolley Azizi Lining, Mohd Izhar Saibin, Wufey PSG, Pak Ngah Junoh, Alhaqiem, Norlela Abdul, Din, Miftah, Farah, Ibadur Rahman dan Najeebah. Masing-masing mereka berada di Keningau, Ranau, Kota Kinabalu, Pahang, Rawang, Kuala Lumpur, Singapura dan Berlin German.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan