Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Jumaat, 29 April 2011

Tertutup

Halaman ini tertutup. Hanya untuk Dj2 Cahayafm yang aktif atau tidak saja. Sebelum ini, kita telah jadikan blog dan skype sebagai ruangan interaksi sesama dj sekali gus memudahkan sesama kita mendapat info terkini tentang Cahayafm, sama ada berbentuk tindakan atau susulan. Namun, nampaknya ia tidak mendapat perhatian berdasarkan jumlah ulasan yang ada dalam post2 ter’post’.

Rasanya sebelum ini, saya telah saya jelaskan tentang semua matlamat dan tujuan kewujudan Cahayafm ini samada secara bertulis ataupun secara lisan melalui perbincangan. Semuanya terang dan tiada yang tersembunyi. Tujuan sebahagian blog, halaman facebook dan skype yang kita tidak buka kepada orang ramai semata-mata menjaga kredibeliti Cahayafm termasuk para dj.

Namun, masih ada pertanyaan2 sesama kita ditulis di luar halaman ini dan saya kira perkara seperti ini kurang baik jika berulang. Harus kita ingat bahawa, apa juga yang kita tulis pasti akan dibaca oleh pembaca . Selepas itu pasti mereka akan menilai, mengukur dan membuat pelbagai andaian tentang Cahayafm dalam pelbagai perkara. Antaranya, pembaca secara langsung akan tahu siapa kita sebenarnya dalam semua hal, meskipun bukan 100%. Ia termasuklah jalur pemikiran kita, sikap kita, pendirian kita dan sebagainya. Akhirnya, ia berbalik kepada perkara-perkara yang kita lakukan.

Ingatlah, kita boleh saja menolak dan menidakkan apa saja yang kita lihat dan dengar antara kita. Namun, sebelum menolak, berilah cadangan-cadangan yang baik dan berkesan beserta alasan dan sebagainya. Sesama kita, biarlah berbeda paras muka, latar hidup, aliran fikiran dan sebagainya, namun untuk Islam, jangan sama sekali kita berpecah kerana tali kita satu.

Sedar atau tidak, KKFM telah memberi laluan kepada Cahayafm dan inilah peluang kita memasukkan jarum perjuangan Islam yang kita pupuk dan rawat selama ini. Kita hampir terlepas peluang bila bengkel yang dijalankan baru2 ini menampakkan seolah2 tidak ada sambutan dari Dj2 Cahayafm. Bagaimanapun, saya sangat faham dan jelas bahawa kedatangan kita ke KKFM menuntut pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit sedang kebersamaan kita di Cahayafm sedikit pun sebenarnya tidak memberi pulangan untung wang ringgit@gaji. Namun, untuk Islam kita sama2 meng”iya” dan berkata “tidak apa” kerana kita yakin Allah bakal memberi ganjaran setimpal niat dan usaha kita.

Saya bersyukur melihat usaha tenaga2 muda Cahayafm. Saya percaya Cahayafm tidak akan bertumbuh tanpa komitmen dan usaha kalian. Percayalah, saya tidak lontarkan perkara ini kalau saya keseorangan sebagaimana awal kemunculan Cahayafm, atau apakah ada antara kita berniat untuk melihat saya kembali keseorangan? Sejak akhir2 ini apa juga pos2 yang saya lakukan di Cahayafm, saya tercari-cari ulasan dan komen di antara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan