Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Jumaat, 29 April 2011

Sambutan Maulidur Rasul SAW

Assalamualaikum.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Cahayafm mengucapkan selamat menyambut Hari Keputeraan Rasulullah SAW. Semoga di tarikh bersejarah ini, kita sama-sama dapat mengambil ikhtibar dari perjalanan hidup yang pernah ditempuh Rasulullah SAW berserta para sahabat terdahulu di samping pejuang-pejuang Islam, para ulamak dan pendakwah, para ustaz dan ustazah serta semua individu Islam yang sehingga kini terus-terusan menyumbangkan tenaga dan fikiran mereka untuk Islam .

Dalam kita menyambut kelahiran Rasulullah, marilah bersama kita tingkatkan usaha syiar Islam sebagaimana yang pernah dicontohkan Rasulullah. Usahlah kita selesa dengan hanya berkompang, berarak sambil berselawat mengelilingi pekan tanpa mengambil semangat juang pejuang-pejuang Islam yang telah menyampaikan Islam sepenuh hati serta tidak pernah berhitung waktu dan seumpamanya.

Cahayafm sebagaimana dari awal kewujudannya sehingga kini, masih konsisten dalam melaungkan keterlibatan semua pihak dan individu Islam untuk sama-sama mengambil bahagian dalam wadah ini khususnya ke udara dengan tujuan menyampaikan ilmu dan info berkaitan dunia Islam. Sayangnya, setakat ini teriakan dan tangisan masih tidak bersambut. Mungkin kerana ia dilihat kecil justeru tidak diendahkan.

Sesuai dengan sambutan Maulidurrasul SAW, sekali lagi Cahayafm meneriak di tengah-tengah kepungan dan kekangan, mengajak semua pelayar internet yang punya laptop/pc, ‘add’lah skype ' aldusuni1 ' atau deejay-deejay Cahayafm agar anda dapat bersama-sama kami melaungkan suara-suara Islam mengikut posisi anda; sebagai ustaz, peniaga, penjawat awam, swasta atau sebagai apa saja selagi anda muslim.

Anda boleh membuat apa juga segmen yang anda fikirkan sesuai seperti membaca kitab, menyiarlangsung khutbah Jumaat dan lain-lain. Jadikanlah Cahayafm media maya dan saluran dakwah kita. Cahayafm sangat perlukan anda semua untuk bersama-sama melaungkan suara-suara Islam. Lagu hanyalah sebagai iringan semata-mata.

Kepada anda yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu memperkenalkan Cahayafm kepada rakan-rakan anda, ketahuilah, kami sangat menghargainya. Terima kasih dan teruskan memberi info tentang Cahayafm kepada rakan-rakan FB anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan