Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Amanah Itu Berat

Hadith :

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”

(Muslim)

Kod HTML Cahayafm

Jumaat, 29 April 2011

AADL




Sudah masuk minggu ke-2 saya menanti cadangan dari pendengar berkaitan segmen yang difikirkan dapat menggantikan Segmen Muzik Global. Namun, setakat ini, belum ada tanda-tanda atau maklumbalas yang saya terima. Apapun, barangkali kesukaran mencetus idea menjadikan saya beranggapan bahawa pendengar hanya menanti cadangan dari pihak Cahayafm khususnya saya sendiri. Saya sendiri agak ketandusan idea mencari segmen pengganti MG. Bagaimanapun, saya ingin mencadangkan satu segmen untuk anda perhalusi dan nilaikan semula.

Untuk tujuan ini, saya berbesar hati kiranya anda semua dapat mengikuti segmen yang saya keudarakan nanti dan jika ada idea2 yang lebih baik dari pendengar, silalah emelkan ke cahayafm@yahoo.com.my. Semua cadangan atau kritikan selepas ini saya alu-alukan untuk anda membuat kritikan secara online bersama saya dalam satu forum khas dan saya amat berharap supaya anda para pendengar dapat mengambil bahagian.

ADA APA DENGAN LAGU ( AADL). Inilah tajuk segmen yang akan menggantikan MUZIK GLOBAL . Untuk mengetahui pengisian segmen ini, sila ikuti siaran ini dari masa ke masa. Semua jenis lagu dan rentak akan dimainkan dalam segmen ini sebagai landasan hebahan segmen ini selama 2 jam, manakala semua lagu yang dikeudarakan adalah atas pilihan penyampai. Pembicaraan segmen berkisar politik, dunia remaja, sukan, motivasi, perkara2 yang ada berkait dengan sikap dan kemanusiaan, pemikiran, budaya,dan sebagainya. Ringkasnya, segmen ini menampilkan pelbagai idea2 terkini panas, pedas, manis, pahit kemudian diadun menjadi ROJAK yang sedap dimakan oleh semua peringkat usia tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Nazri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan